![]() |
BUBUR AYAM ala McD |
Arahan perintah kawalan pergerakan dilanjutkan... Hmmm.... Bermaksud tempoh berkurung di rumah dilanjutkan... Tapi ada juga hikmahnya... Banyak masa terluang.... So,banyaklah masa nak mengupdate resepi-resepi kat dalam blog kesayangan ni...
Cuti-cuti ni pressure cooker digunakan semaksimum mungkin.... Dapur pun sentiasa berasap... Tak macam selalu yang jarang-jarang dapat menjengah dapur oleh kerana kesibukan kerja.... Betullah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya kan...
Jom kali ni saya nak kongsikan resepi bubur ayam ala-ala mcD menggunakan pressure cooker primada....cepat, mudah dan semestinya sedap...
![]() |
Bahan-bahan yang digunakan |
2 cawan beras
5 cawan air
* nisbah beras dan air 1 cawan : 2 1/2 cawan
Carot
Daun sup
Daun bawang
Kiub ayam
Isi ayam
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
2 ulas bawang putih -dihiris
1 inci halia dihiris
1 sup bunjut
Rempah sekawan
Cara memasak :
![]() |
Masukkan semua bahan dalam periuk pressure cooker |
![]() |
Tutup tudung periuk rapat-rapat. Laraskan tombol menegak. Kemudian telan button congee/soup. |
![]() |
Terpapar masa selama 25 minit. Biarkan saja ia masak sendiri... Bolehlah buat kerja lain yer.. Hehe... |
![]() |
Cukup 25 minit. Biarkan wap tekanan keluar sepenuhnya. Buka tudung periuk dan gaul sebati. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air panas dan gaul lagi sebati.Sedia untuk dihidang. |
P/s: kalau takde pressure cooker boleh jer masak dalam periuk biasa tapi memakan masa yang lama kadang-kadang berejam-rejam nak dapat tekstur bubur yang lembut... Tapi kalau masak dalam pressure cooker ni 25 minit jer dah siap... Senang sangat...
SELAMAT MENCUBA!!! ๐๐๐