Assalamualaikum & salam sejahtera...
Kek marble sedap....banyak resepi kek marble tapi resepi ni antara yang senang nak dibuat dan sangat sedap....
Bahan-bahan :
250gm butter /seketul
3/4 cawan gula kastor
5 biji telur gred C/kalau gred A/B guna 4 biji jer
3 sudu makan susu pekat
2 cawan tepung blue key self-rising
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah
2 sudu kecil coklat emulco
Cara-caranya :
1. Pukul butter & gula hingga gebu dan bertukar warna putih. Guna mixer yer .
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3. Masukkan pula esen vanilla & susu pekat. Pukul lagi sebati .
4. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.
5. Bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan pertama warna asal,kedua masukkan pewarna merah & ketiga coklat emulco.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 Inci berselang seli. Coklat,kuning,merah hingga habis.
7. Panaskan oven 10 minit pada suhu 165'c.
8. Bakar kek selama 50 minit api atas bawah.
9. Biarkan sejuk baru potong.
SELAMAT MENCUBA!!!
Memaparkan catatan dengan label KEK MARBLE SEDAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK MARBLE SEDAP. Papar semua catatan
Selasa, 2 Julai 2019
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum dan salam sabtu... SAYUR AIR IKAN KEMBUNG Kat Kedah ni orang panggil sayur air ikan termenung....ikan kembung kat si...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...