Memaparkan catatan dengan label KEK RED VELVET CHEESE BROWNIES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK RED VELVET CHEESE BROWNIES. Papar semua catatan

Rabu, 3 Julai 2019

RED VELVET CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum & salam sejahtera ...



Brownies red velvet yang telah dipotong

Red velvet cheese brownies... Resepi kek sama dengan kek red velvet cuma bezanya topping cheese di atas dibakar...jadi kek tahan lebih lama...tak payah letak dalam peti ais pun takpe...

Kek red velvet yang telah dibakar

KEK RED VELVET
Bahan-bahan :
Buttermilk-1 cawan susu cair +1 sudu makan cuka + 1 sudu makan pewarna merah
* kacau sebati dan biarkan 10 minit

3 biji  telur gred C (kalau gred A/B guna 2 biji  jer )
1 1/4 cawan gula kastor
1 1/3 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
2 1/2 cawan tepung  bluekey self-rising
2 sudu  makan  serbuk  koko

1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cuka

Cara  membuatnya :
1. Pukul minyak dan gula hingga sebati .Guna whisk . Pastikan gula hancur .
2. Masukkan telur & pukul lagi hingga sebati .Buat sebiji demi sebiji.
3. Kemudian,masukkan esen vanilla & kacau sebati .
4. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk hingga habis.
5. Masukkan pula 2 sudu besar serbuk koko dan gaul sebati.
6. Campur baking soda dan cuka . Biarkan berbuih. Setelah itu, masukkan ke dalam campuran tepung tadi .Gaul sebati.
7. Panaskan oven 170'c selama 10 minit.
8. Tuang adunan ke dalam loyang 10 inci yang telah dialas dengan baking paper.
9. Bakar selama 50 minit pada suhu 160'c.
# masukkan 2 sudu adunan kek  ke dalam piping bag untuk topping marble atas  kek  nanti .


LAPISAN CHEESE
250gm cream cheese
1 biji  telur
4 sudu  makan gula kastor
# mix  sebati  guna mixer

Cara membuatnya :
1. Keluarkan kek yang telah masak .Tuang adunan cheese dan ratakan.
2. Pipingkan di atas lapisan cheese dengan adunan kek  tadi.
3. Lorek mengikut corak yang dikehendaki menggunakan lidi.
4. Bakar lagi kek selama 20 minit.
5. Biarkan kek sejuk barulah  boleh dipotong dengan pisau  plastik atau  pisau  yang dicelup air panas dan dilap sebelum digunakan .Kalau pakai pisau biasa,cheese akan melekat pada pisau dan susah nak  potong.

SELAMAT MENCUBA !!!