Memaparkan catatan dengan label KEK RED VELVET CHEESE PASTI JADI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK RED VELVET CHEESE PASTI JADI. Papar semua catatan

Isnin, 8 Jun 2020

KEK RED VELVET KUKUS PASTI JADI

Assalamualaikum dan selamat malam...

Kek red velvet order dari customer

Homemade & supermoist...

Pejam celik pejam celik dah 1/2 bulan kita menyambut syawal...walaupun sambutan raya tahun ini tak semeriah tahun-tahun sebelum ini...namun kesyukuran masih dipanjatkan kerana masih berpeluang menyambutnya seadanya...

Merah menyala tu...alahai mengiurkan...

Melting...sedap sangat...moist sangat-sangat...

Alhamdulillah juga kerana rezeki tak putus-putus...tempahan kek dan kuih muih tak putus-putus...so, kat sini saya nak kongsikan resepi kek red velvet versi kukus supermoist...antara kek laku keras di fieza delights.
Tengok pun dah terliur kan...


Bahan A
1 cawan susu cair
1 sudu makan cuka makan
# Kacau sebati cuka dan susu. Biarkan 10 minit.

Bahan B
2 cawan tepung berserbuk penaik
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu makan serbuk koko
# Ayak semua bahan

Bahan C
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
# Mix ketiga-tiga bahan hingga kembang.

Bahan D
2 sudu makan pewarna pink
1 sudu makan pewarna merah
1/2 cawan air panas


Cara membuatnya:
1. Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan C yang telah dipukul kembang tadi.
2. Pukul sebati.
3.Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit dan mix lagi sebati.
4. Akhir sekali, masukkan pewarna dan gaul sebati.Masukkan pula air panas dan gaul sebati.
5. Alas loyang 8 inci dengan baking paper.
6. Tuang adunan kek.
7. Kukus selama 1 jam.
8. Biarkan sejuk.
9. Potong kek kepada 2 bahagian.
8. Sapu dengan topping cheese dan hias mengikut kreativiti masing-masing.


TOPPING CHEESE
250 gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan whipping cream
# Pukul hingga kembang.
# Hias pada lapisan kek dan keseluruhan kek mengikut kreativiti masing-masing.


SELAMAT MENCUBA!!😋