Memaparkan catatan dengan label BROWNIES COKLAT BERYL'S. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BROWNIES COKLAT BERYL'S. Papar semua catatan

Rabu, 3 Julai 2019

BROWNIES COKLAT BERYL'S

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Brownies coklat beryl's....banyak-banyak jenama coklat,jenama beryl's memang  paling sedap ...untuk membuat adunan brownies saya guna dark compound ...untuk topping saya guna beryl's coin (milk compound)...memang lemak berkrim...sedap sangat-sangat ....Walaupun harga coklat ni  mahal sikit berbanding coklat-coklat masakan lain di pasaran tapi  kesedapannya memang sangat-sangat puas hati ...tak percaya ... Cuba buat...dah rasa sekali pasti nak  lagi ...

Brownies yang telah dipotong

Bahan-bahan :

TOPPING
Cairkan coklat coins dengan sedikit minyak .Masukkan ke dalam piping bag dan biarkan sedikit likat .
Badam  keping - bakar 10 minit 100'c


BAHAN A
300gm dark coklat beryl's
250gm butter
# Cairkan dengan kaedah double boiler


BAHAN B
4 biji telur
3/4 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
# Kacau sebati hingga gula larut dengan menggunakan whisk.

BAHAN C
1  3/4 cawan tepung blue key self-rising
3 sudu makan serbuk koko


CARA MEMBUATNYA :
1. Campurkan bahan A ke dalam bahan B.  Kacau sebati .
2. Masukkan pula bahan C sedikit demi sedikit & gaul sebati menggunakan senduk kayu.
3. Tuangkan ke dalam loyang 10x10 inci.
4. Panaskan oven 170'c selama 5 minit .
5. Bakar 15 minit 160'c,kemudian 30 minit lagi pada suhu 150'c.
6. Selepas masak, renggangkan pintu oven dan biarkan dalam oven selama 10 minit .
7. Keluar & sejukkan .
8. Untuk topping,pipekan coklat yang telah dicairkan tadi .
9. Susun badam keping.
10. Pipekan lagi di atas badam dengan baki coklat cair tadi.
11. Simpan sebentar di dalam peti sejuk hingga coklat topping tadi mengeras .

Untuk resepi  brownies step by step secara bergambar, boleh klik SINI...


SELAMAT MENCUBA!!!😋