Brownies coklat beryl's....banyak-banyak jenama coklat,jenama beryl's memang paling sedap ...untuk membuat adunan brownies saya guna dark compound ...untuk topping saya guna beryl's coin (milk compound)...memang lemak berkrim...sedap sangat-sangat ....Walaupun harga coklat ni mahal sikit berbanding coklat-coklat masakan lain di pasaran tapi kesedapannya memang sangat-sangat puas hati ...tak percaya ... Cuba buat...dah rasa sekali pasti nak lagi ...
Brownies yang telah dipotong |
Bahan-bahan :
TOPPING
Cairkan coklat coins dengan sedikit minyak .Masukkan ke dalam piping bag dan biarkan sedikit likat .
Badam keping - bakar 10 minit 100'c
BAHAN A
300gm dark coklat beryl's
250gm butter
# Cairkan dengan kaedah double boiler
BAHAN B
4 biji telur
3/4 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
# Kacau sebati hingga gula larut dengan menggunakan whisk.
BAHAN C
1 3/4 cawan tepung blue key self-rising
3 sudu makan serbuk koko
CARA MEMBUATNYA :
1. Campurkan bahan A ke dalam bahan B. Kacau sebati .
2. Masukkan pula bahan C sedikit demi sedikit & gaul sebati menggunakan senduk kayu.
3. Tuangkan ke dalam loyang 10x10 inci.
4. Panaskan oven 170'c selama 5 minit .
5. Bakar 15 minit 160'c,kemudian 30 minit lagi pada suhu 150'c.
6. Selepas masak, renggangkan pintu oven dan biarkan dalam oven selama 10 minit .
7. Keluar & sejukkan .
8. Untuk topping,pipekan coklat yang telah dicairkan tadi .
9. Susun badam keping.
10. Pipekan lagi di atas badam dengan baki coklat cair tadi.
11. Simpan sebentar di dalam peti sejuk hingga coklat topping tadi mengeras .
Untuk resepi brownies step by step secara bergambar, boleh klik SINI...
SELAMAT MENCUBA!!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan