Memaparkan catatan dengan label SOTO AYAM SEMPOI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOTO AYAM SEMPOI. Papar semua catatan

Rabu, 3 Julai 2019

SOTO AYAM SEMPOI

Assalamualaikum & selamat malam...

SOTO AYAM SEMPOI


Soto ayam sempoi ... Sedap sangat ....puas makan....bertambah-tambah...
3 item jer untuk  menghasilkan soto ayam sempoi ni....
1) NASI IMPIT
2) SUP AYAM
3) SAMBAL KICAP


NASI IMPIT
ketupat nasi segera -rebus hingga masak dan toskan .


SUP AYAM
1/2 ekor ayam
Sup  bunjut
Rempah  sekawan
2 kiub  pati ayam
Daun sup- potong kecil
Daun bawang-potong kecil
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya

Bahan  kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras


CARA MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak .Tumis rempah sekawan hingga naik bau.
2. Masukkan  bahan kisar & tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam & gaul sebati .Masak sebentar hingga ayam kecut .
4. Tambah air secukupnya. Masukkan pula sup bunjut. Biarkan mendidih .
5. Masukkan garam,kiub pati ayam,serbuk lada sulah. Didihkan lagi hingga ayam betul-betul masak .
6. Kemudian,masukkan daun bawang dan daun sup. Tutup api .
7. Sedia untuk dihidang.


SAMBAL KICAP
20 biji cili padi
3 ulas bawang putih
2 sudu makan gula
Kicap secukupnya
# Tumbuk hingga lumat cili padi dan bawang putih .Tambah gula & kicap secukupnya. Hidang bersama nasi impit & sup ayam .


SELAMAT MENCUBA!!!😋