Memaparkan catatan dengan label LAKSA GORENG BASAH PKP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAKSA GORENG BASAH PKP. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mac 2020

LAKSA GORENG BASAH PKP

Assalamualaikum dan selamat malam...

LAKSA GORENG BASAH


Laksa goreng basah PKP...kuah laksa dah habis tinggal laksa jer...sayang kan.. Jangan dibuang... Boleh digoreng... Sedap..

Bahan-bahan:
Laksa yang telah dicelur
2 ulas bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
Sos tiram secukupnya
Kicap secukupnya
2 sudu makan cili kisar
2 biji telur

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram dan kicap.Gaul sebati.
3. Pecahkan telur dan biarkan sebentar. Gaul sebati hingga jadi telur hancur.
4. Kemudian masukkan pula laksa dan gaul sebati.Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋