Memaparkan catatan dengan label MEE KARI AYAM KAW KAW PRESSURE COOKER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEE KARI AYAM KAW KAW PRESSURE COOKER. Papar semua catatan

Sabtu, 4 April 2020

MEE KARI AYAM KAW KAW SUPER SEDAP PRESSURE COOKER

Assalamualaikum dan selamat malam...

MEE KARI AYAM KAW KAW

Set lengkap mee kari

Mee kari ayam kaw kaw...super sedap...bila dah berkurung jer dalam rumah...memasak jelah kerjanya...

Bahan-bahan :
3 bungkus mee kuning- celur dan toskan
Seekor ayam- potong kecil
Fish ball-potong kecil
Fish cake- potong kecil
Kacang panjang- potong pendek
Carot- potong kecil
4 sudu makan cili kisar
3 sudu makan udang kering-dikisar
2 peket kecil rempah kari daging
3 batang serai-diketuk
3 tangkai daun kari
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
2 kotak kecil santan
2 kiub pati ayam
Garam dan bahan perasa secukupnya

Bahan kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih

Bahan aksesori
Bawang goreng
Daun bawang -cincang
Taugeh-jika suka

Yummy!!! Sedap banget...

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam pressure cooker.Tekan 'pressure holding time' 10 minit.
2. Tumis bahan kisar,daun kari dan serai hingga wangi.
3. Masukkan pula cili kisar dan udang kering.Tumis lagi hingga sedikit garing.
4. Kemudian,masukkan serbuk kari daging dan gaul sebati.Tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan ayam dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar. Tambah air secukupnya.Masukkan pula sayuran, kiub pati ayam , fish ball dan fishcake.

Bahan-bahan siap ditumis. Step seterusnya guna function 'chicken' untuk melembutkan ayam

Tutup periuk rapat-rapat.Laraskan tombol pressure.Tekan button 'chicken' dan biarkan hingga cukup masa.


Selepas 12 minit.Release wap stim sepenuhnya...buka tudung periuk.Setting 'pressure holding time' 10 minit.Tambah 2 kotak santan dan gaul sebati. Tambah garam dan perasa secukupnya.Sedia untuk dihidang.


# Kalau tiada pressure cooker,boleh jer masak guna periuk biasa xde masalah pun cuma makan masa sikitlah yer...kalau guna pressure cooker sekejap jer nak masak...


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋