Memaparkan catatan dengan label KUIH LAPIS DURIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH LAPIS DURIAN. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Julai 2019

KUIH LAPIS DURIAN

Assalamualaikum & selamat petang...

Kuih lapis durian


Masih musim durian di  utara Kedah ni... Walaupun dah hujung2 buahnya......alhamdulillah, tak putus-putus makan durian....murah rezeki sungguh dok kat kampung ni dapat durian free...Durian ni bukan saja sedap dimakan begitu sahaja tetapi sedap juga dibuat kuih muih....So, Isi durian yang ada  kita  cuba  inovasikan  menjadi kuih muih. Selain dibuat cucur durian & seri muka durian yang lemak berkrim  itu  kali ini  saya cuba inovasikan menjadi kuih lapis durian ....sedap  yakmat ...semerbak bau duriannya...



Bahan-bahan:
2 cawan + 2 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan  tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan  air
1 sudu kecil garam halus
1/2 cawan isi durian
Sedikit pewarna kuning



Cara-caranya :
1. Blend semua bahan kecuali durian hingga sebati. Tapis.
2. Bahagi kepada 2 bahagian.
3. Bahagian pertama biarkan putih .Bahagian kedua campur isi durian dan sedikit pewarna kuning . Blend lagi supaya tidak berketul.
4. Panaskan pengukus.  Tuang 1 cawan  adunan putih ke dalam  loyang. Kukus 5 minit.
5. Lapiskan pula dengan adunan berwarna kuning .Kukus lagi 5 minit .
6. Buat berselang seli hingga habis .Lapisan terakhir kukus 20 minit. 5 minit terakhir kukus dengan tudung pengukus dibuka.
7. Biarlah sejuk barulah potong dengan pisau plastik .

SELAMAT MENCUBA !!!😋