Memaparkan catatan dengan label BISKUT COVID19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BISKUT COVID19. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mei 2020

BISKUT COVID19@ BISKUT PAKAI MASK

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

BISKUT PAKAI MASK @ BISKUT COVID19

Tinggal 3 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut syawal...Syawal kali ni pasti sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni...kita akan menyambut syawal dalam tempoh PKP...yang sedihnya tak boleh nak beraya kat Johor...redha jelah...

Cute jer kan....biskut pakai mask...hihi

Untuk mengubat kesedihan di hati...kita buatlah sesuatu yang mengembirakan hati...maka terciptalah biskut yang cukup cute...kenangan menyambut syawal dalam PKP...

Basic biskut ni adalah biskut butter...4 bahan sahaja...butter,gula kastor,tepung jagung & tepung gandum...esen vanilla tu optional...


Bahan-bahan:
250gm butter
1/3 cawan gula kastor
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanilla(tak nak letak pun xpe...saya letak sebab nak bagi biskut wangi2 skit)

Cara-caranya:
1. Gaul sebati butter dan gula kastor.Guna senduk jer...saya guna senduk kayu...nak guna senduk nasi pun boleh...
2. Masukkan pula esen vanilla dan gaul lagi sebati.
3. Kemudian,masukkan tepung dan gaul sebati. Uli adunan hingga tidak melekat pada tangan.
4. Ambil sedikit adunan dan gentel jadikan bentuk bulat. Susun di atas loyang yang telah disapu butter.
5. Panaskan oven 5 minit pada suhu 160'c.
6. Bakar selama 20 minit.

Biskut yang siap dibakar

Biskut yang sudah sejuk...sedia untuk di touch-up

7. Sejukkan di atas redai.

Cairkan coklat coins bagi likat skit...pastu masukkan dalam piping bag...buat  2 biji mata ea..

8. Buat mata dengan coklat coin yang telah dicairkan manakala untuk mask guna coklat putih.

Biskut yang telah siap di touch-up...comey kan....hihi

9. Biarkan coklat mengeras barulah simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!😊