Memaparkan catatan dengan label NASI TOMATO PRRESURE COOKER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI TOMATO PRRESURE COOKER. Papar semua catatan

Isnin, 27 April 2020

NASI TOMATO PRESSURE COOKER

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

NASI TOMATO PRESSURE COOKER

Nasi tomato super sedap...menu yang lengkap...makan bersama ayam masak merah dan acar timun...


Set nasi tomato yang lengkap...bersama ayam masak merah dan acar timun...




NASI TOMATO

NASI TOMATO

Bahan-bahan:
4 cawan beras
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato- cincang
3 sudu makan tomato puri
1 biji bawang besar-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
Rempah sekawan
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
Daun pandan-disimpul

Cara memasak :


 1. Panaskan sedikit minyak.Tumis rempah sekawan,daun pandan dan bawang hingga layu.

Masukkan tomato dan tomato puri

2. Masukkan pula tomato yang sudah dicincang dan tomato puri. Biarkan mereneh sebentar.


3. Masukkan beras,garam dan gula.Gaul sebati.


4. Kemudian, masukkan air dan susu cair. Gaul sekata.


5. Tutup periuk. Laraskan tombol 'steam'.Tekan button 'rice'.


6. Cukup 10 minit,releasekan steam sepenuhnya. Buka tudung periuk dan gaul rata nasi.
7. Sedia untuk dihidang.

# Kalau takde pressure cooker boleh jer masak dalam rice cooker seperti biasa.




AYAM MASAK MERAH

AYAM MASAK MERAH
1 ekor ayam-potong kecil gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak.

Bahan kisar :
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan lain :
3 batang serai-diketuk
5 senduk nasi cili kisar
5 sudu makan tomato puri
2 sudu kecil garam
6 sudu makan gula
Rempah sekawan


Cara memasak :
1. Panaskan sedikit minyak.Tumis rempah sekawan,serai dan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian,masukkan pula tomato puri,garam dan gula secukupnya.Gaul sebati dan biarkan mereneh sebentar.
4. Masukkan pula ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
5. Biarkan mereneh dan kuah sebati dengan ayam.Masak lebih kurang 15 minit lagi.
6. Sedia untuk dihidang.



ACAR TIMUN

ACAR TIMUN
1 biji timun-hiris nipis dan memanjang
1 biji carot - hiris nipis dan memanjang
1 biji bawang besar-hiris nipis
1 biji lada merah-potong serong
1 sudu makan cuka-cuka kehabisan jadi saya tukar dengan sos tomato
2 sudu makan gula
1 sudu kecil garam halus
# gaul sebati.
# sedia untuk dihidang.