Memaparkan catatan dengan label SAMBAL IKAN KEMBONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAMBAL IKAN KEMBONG. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2020

SAMBAL IKAN KEMBONG

Assalamualaikum dan salam Sabtu...

SAMBAL IKAN KEMBONG


Hari ke-11 pkp.... Menu simple jer.... Oleh kerana stok ikan kembong masih banyak, masak samballah ikan-ikan itu....


Bahan-bahan:
20 ekor ikan kembong-gaul dengan sedikit garam & serbuk kunyit hingga garing.
1 biji bawang Holland-hiris bulat
1 cawan air asam jawa-1 sudu kecil asam jawa bancuh jadikan 1 cawan
Garam dan gula secukupnya


Bahan kisar :
2 genggam cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci belacan


Cara memasak :
1. Panaskan minyak. Masukkan sedikit bawang Holland. Tumis hingga layu.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Masak hingga pecah minyak dan kuah agak pekat.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
5. Sedia untuk dihidang.


# kalau takde ikan kembong boleh jer guna ikan lain.


SELAMAT MENCUBA!!! 😋😋😋