Memaparkan catatan dengan label TAUHU BEGEDIL SAMBAL KICAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAUHU BEGEDIL SAMBAL KICAP. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Ogos 2019

TAUHU BEGEDIL SAMBAL KICAP POWER

Assalamualaikum & selamat malam....

Tauhu begedil

Tauhu begedil ...lama teringin nak buat sendiri tapi kemalasan melanda... Selalu order jer...hehe ...tapi hari ni terbuka hati nak buat sendiri...senang jer rupenyer....lepas ni terasa nak makan memang buat sendirilah jawabnya...


Tauhu kembong yang telah dikeluarkan isinya


Inti ayam + kentang lenyek + isi tauhu


TAUHU  BEGEDIL
Bahan-bahan :
8 ketul tauhu  kembong
2 biji kentang -kupas dan rebus hingga empuk
100gm isi ayam
1 biji bawang besar -cincang
2 ulas bawang putih -cincang
Daun sup -cincang
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam halus
2 biji telur

Cara-caranya :
1. Potong tauhu dan keluarkan isinya. Isi tauhu boleh dicampur dengan inti ayam.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu.
3. Masukkan isi ayam dan tumis hingga ayam masak .
4. Masukkan pula  daun sup dan gaul sebati .Tambah garam & lada sulah .
5. Masukkan inti ayam ke  dalam mangkuk .Kemudian masukkan kentang yang telah direbus & isi tauhu tadi. Lenyekkan kentang & gaul sebati dengan  inti ayam tadi .
6. Kepalkan sedikit adunan dan sumbat ke dalam tauhu kembong yang telah dipotong tadi .Buat hingga  habis.
7.  Pukul 2 biji telur dengan sedikit garam halus.
8. Celup tauhu yang telah disumbat dengan inti ayam tadi dengan adunan telur.
9. Goreng hingga garing . Toskan dan hidang dengan sambal kicap.


SAMBAL  KICAP
10 biji  cili padi
1 biji  bawang  merah
1 ulas bawang  putih
* tumbuk lumat
Kicap manis secukupnya
2 sudu makan  gula

Cara-caranya :
# Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
# Tambah kicap secukupnya dan gula .Gaul sebati .
# Hidang bersama tauhu begedil.


SELAMAT MENCUBA!!! 😋