Tauhu begedil |
Tauhu begedil ...lama teringin nak buat sendiri tapi kemalasan melanda... Selalu order jer...hehe ...tapi hari ni terbuka hati nak buat sendiri...senang jer rupenyer....lepas ni terasa nak makan memang buat sendirilah jawabnya...
Tauhu kembong yang telah dikeluarkan isinya |
Inti ayam + kentang lenyek + isi tauhu |
TAUHU BEGEDIL
Bahan-bahan :
8 ketul tauhu kembong
2 biji kentang -kupas dan rebus hingga empuk
100gm isi ayam
1 biji bawang besar -cincang
2 ulas bawang putih -cincang
Daun sup -cincang
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam halus
2 biji telur
Cara-caranya :
1. Potong tauhu dan keluarkan isinya. Isi tauhu boleh dicampur dengan inti ayam.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu.
3. Masukkan isi ayam dan tumis hingga ayam masak .
4. Masukkan pula daun sup dan gaul sebati .Tambah garam & lada sulah .
5. Masukkan inti ayam ke dalam mangkuk .Kemudian masukkan kentang yang telah direbus & isi tauhu tadi. Lenyekkan kentang & gaul sebati dengan inti ayam tadi .
6. Kepalkan sedikit adunan dan sumbat ke dalam tauhu kembong yang telah dipotong tadi .Buat hingga habis.
7. Pukul 2 biji telur dengan sedikit garam halus.
8. Celup tauhu yang telah disumbat dengan inti ayam tadi dengan adunan telur.
9. Goreng hingga garing . Toskan dan hidang dengan sambal kicap.
SAMBAL KICAP
10 biji cili padi
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
* tumbuk lumat
Kicap manis secukupnya
2 sudu makan gula
Cara-caranya :
# Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
# Tambah kicap secukupnya dan gula .Gaul sebati .
# Hidang bersama tauhu begedil.
SELAMAT MENCUBA!!! 😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan