Ahad, 28 Julai 2019

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI SEDAP SANGAT

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Stok petai banyaklah pulak ...free pulak....bersyukur dok kawasan kampung ni nak makan apa semua ada... Cuma  makan ke tidak jer ....sebab sesetengah orang tak makan sebab berbau kan .. .petai ni selain buat ulam sedap sangat kalau dimasak sambal tumis campur udang ... Makan dengan nasi putih panas-panas... Fulamak .. Marvellous...



Bahan-bahan
1 cawan isi petai
1/2 kg udang -siang & buang kulit supaya senang nak makan

Bahan-bahan tumbuk
5 ulas  bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan

6 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar -hiris
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam halus


Cara - caranya :
1. Panaskan minyak .Tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing .Masukkan cili kisar dan  tumis lagi hingga pecah minyak .
2. Masukkan gula dan garam .Gaul lagi hingga sebati.
3. Kemudian,masukkan udang dan masak sebentar.
4. Masukkan pula petai dan bawang  besar .
5. Masak sebentar & sedia untuk dihidangkan .


SELAMAT MENCUBA !!!😋

Tiada ulasan: