Memaparkan catatan dengan label KEK SARANG SEMUT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK SARANG SEMUT. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Februari 2020

KEK SARANG SEMUT SUKATAN CAWAN

Assalamualaikum dan selamat malam...


KEK SARANG SEMUT

Nampak tak lubang-lubang semut tu...maksudnya kek jadilah tu...

Suka saya nak berkongsi resepi kek sarang semut ni...ada yang panggil kek gula hangus...Sedap sangat-sangat kek ni...bila lihat warna kek ni kita akan anggap macam tak sedap jer rasanya tapi sebenarnya.....bila dah rasa sepotong pasti nak tambah lagi...hihi...

Bila dah teringin maka angin rajin pun akan bertiup....mencari resepi-resepi kek sarang semut yang mudah akhirnya saya bertemu dengan resepi kek sarang semut yang sangat mudah....guna sukatan cawan sahaja...


BAHAN-BAHAN (Loyang 7' x 6' x 2.5')
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan air panas mendidih
1/3 cawan mentega
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat


CARA-CARANYA :
1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat.Ketepikan.
2.  Masak 1 1/4 gula pasir di dalam kuali dengan api kecil hingga keperangan.
3. Tuang 1 cawan air mendidih ke dalam kuali tadi dan biarkan menggelegak selama 2 minit sebelum dikacau.
4. Masak dan kacau sehingga gula larut sepenuhnya. Tutup api.
5. Kemudian, masukkan 1/3 cawan mentega, kacau hingga larut sepenuhnya.
6. Biarkan larutan gula sejuk sepenuhnya.(Biarkan lebih kurang 1 jam).
7. Selepas 1 jam, di dalam bekas lain, telur, susu pekat dan esen vanilla dikacau sebati menggunakan whisk.
8. Masukkan pula tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau perlahan hingga sebati.
9. Masukkan gula karamel yang telah sejuk tadi dan gaul lagi hingga sebati.
10. Sapu loyang dengan sedikit mentega.Kemudian, alas dengan non-stick baking paper dan sapu rata sedikit mentega di atasnya.
11.Tapis adunan kek ke dalam loyang.
12. Tutup loyang rapat-rapat dan perap selama 2 jam.
13. Bakar kek selama 50 minit hingga 1 jam dengan api bawah sahaja tanpa kipas.
14. Sejukkan. Potong dan hidang.

# Tips : Cara memotong kek penting supaya mendapat struktur kek sarang semut yang berlubang-lubang.

CARA POTONG KEK :
1. Potong 2 secara melintang.
2. Lihat arah urat kek.
3. Potong bertentangan dengan urat kek.


VIDEO CARA MEMBUAT KEK SARANG SEMUT
kredit to LIMAU NIPIS


SELAMAT MENCUBA !!!😋😋