Memaparkan catatan dengan label TOMYAM SEMPOI PKP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TOMYAM SEMPOI PKP. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mac 2020

TOMYAM SEMPOI PKP

Assalamualaikum dan selamat malam...


TOMYAM SEMPOI


Hari ke-10 pkp... Hari ni nak up resepi tomyam sempoi... Tak cukup bahan... Main masak baling-baling jer...guna bahan yang ada jer...yelah... Tomato takde... Limau nipis takde...hentam sajelah... Campak-campak jer... Serai,cilipadi dan daun limau purut nasib baik ada kat laman rumah... Petik jer... Tak xcukup bahan pun takpe... yang penting masih sedap...


Bahan-bahan:
4 keping dada ayam- potong kecil
Bunga kubis- potong kecil
1 biji bawang Holland -potong bulat
4 ulas bawang putih- ketuk
3 batang serai -ketuk
5 helai daun limau purut
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah tomyam
1 cawan air asam jawa -1 sudu makan asam jawa bancuh dengan 1 cawan air
Air secukupnya
1 sudu makan susu pekat
Garam secukupnya
5 biji cili padi -ketuk


CARA MEMASAK:
1. panaskan sedikit minyak. Tumis bawang
 putih dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan pula cili kisar dan rempah tomyam. Tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian,masukkan isi ayam dan masak sebentar.
4. Tambah air, air asam jawa,bunga kubis, daun limau purut,bawang Holland dan cilipadi. Biarkan mendidih.
5. Masukkan pula garam. Akhir sekali masukkan susu pekat dan gaul sebati.
6. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!! 😋😋😋