Memaparkan catatan dengan label KEK COKLAT INDULGENCE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK COKLAT INDULGENCE. Papar semua catatan

Selasa, 11 Februari 2020

KEK COKLAT INDULGENCE

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Kek Coklat Indulgence dengan deco



Kek Coklat Indulgence dengan deco


Kek Coklat Indulgence simple deco


Kek Coklat Indulgence....nama pun dah sedap kan...kalau beli kat kedai-kedai kek harganya boleh tahan mahal...paling murah RM60 hingga RM80 ikut kepada saiz....lebih mahal dari itu pun ade...harga kalau jual satu slice pun dah berbelas-belas ringgit...


Kek Coklat Indulgence 7 lapis

Sebab pe??? sebab Kek Coklat Indulgence termasuk dalam senarai kek mewah...kek continental gitu...kat hotel-hotel berbintang-bintang, kat cafe-cafe terkenal memang ada kek ni....harga sesuailah dengan cara pembuatannya dan bahan yang digunakan....Jika rajin boleh jer buat sendiri....tapi makan masa berjam-jam juga nak siapkan...so, memang tak hairanlah kenapa kek ni antara kek yang termahal....sedap pun sedap....

Makan sekali pasti nak lagi

Jom pada sesiapa yang rajin nak membuat sendiri, boleh jer tengok resepi kat bawah ni...


Untuk menyiapkan Kek Coklat Indulgence ni saya memerlukan masa 2 hari...kalau sehari mau amik masa hampir 12 jam...sebab untuk melepanya banyak lapisan begitu juga lapisan di luar....kena simpan dulu dalam peti sejuk baru boleh dilapis dengan lapisan yang lain pulak....memang leceh nak menyiapkannya...Lagi satu, kek ni walaupun bersaiz 6 inci saje tapi berat tau...

Banyak versi kek coklat indulgence ni....ada yang menggunakan kek span coklat untuk lapisan kek....jadi keknya lebih ringan...tapi saya lebih suka menggunakan kek coklat kukus sebab ianya lebih moist.


1. BAHAN-BAHAN KEK COKLAT(loyang 6 inci)


Bahan-bahan membuat kek coklat

4 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla

* 1 1/4 cawan tepung gandum
*3/4 cawan serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bikarbonat
*bahan bertanda diayak

1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan air panas


CARA-CARANYA :

Step 1 : Masukkan telur, gula dan esen vanilla ke dalam bekas.
Step 2 : Mix bahan-bahan tersebut hingga kembang.
Step 3 : Masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit.
Step 4 : Kacau sebati menggunakan senduk kayu/spatula.


Step 5 : Masukkan pula susu cair dan air panas.
Step 6 : Kacau sebati jangan sampai berketul.
Step 7 : Alas loyang 6 inci dengan baking paper.
Step 8 : Tuang adunan kek ke dalam loyang. Hentak-hentak perlahan supaya adunan rata dalam loyang.


Kukus selama 1 jam atau hingga masak


Bila dah masak, angkat dan terbalikkan di atas redai kek. Biarkan sejuk


Sementara menunggu kek sejuk, bolehlah buat adunan mousse coklat dan putih. Untuk adunan mousse ni sama sahaja sukatannya cuma untuk mousse coklat gelap tambahkan dark coklat manakala untuk mousse coklat putih tambah sahaja coklat masakan putih. Untuk mendapatkan rasa kek yang sedap dan kualiti kek yang bagus disyorkan menggunakan coklat masakan jenama Beryl's...percayalah...hasil kek anda akan marvellous....



Mousse coklat dan mousse putih yang sedia digunakan

2. BAHAN-BAHAN MOUSSE COKLAT/PUTIH
200gm coklat masakan- dicairkan kaedah double boiler
1 1/4 cawan whipping cream (saya guna jenama value pride)
2 sudu makan gelatin(halal)  di tambah dengan 2 sudu makan air panas. Gaul sebati hingga gelatin benar-benar sebati.

CARA-CARANYA :
1. Mix whipping cream hingga kembang.
2. Masukkan coklat cair dan gelatin. Pukul hingga kembang.

# Ingat ye...Buat 2 adunan...satu adunan campurkan dengan dark cooking chocolate manakala satu adunan lagi dicampurkan dengan white cooking chocolate.
# Simpan sebentar adunan mousse di dalam peti sejuk.
# Kalau nak campur cream cheese pun boleh...tukar coklat masakan putih dengan cream cheese. Sukatannya 250gm.
#Kalau mousse putih tu tak nak letak coklat masakan pun boleh...Mix jer whipping cream dengan gelatin jer...



Ganache 

3. BAHAN-BAHAN GANACHE:
1 cawan whipping cream
250 gm coklat masakan
1 sudu makan minyak masak.
* Panaskan whipping cream hingga mendidih. Tutup api.
* Masukkan coklat masakan dan gaul sebati hingga cair.
* Masukkan pula minyak masak dan gaul sebati.

1 sudu makan gelatin ditambah dengan 2 sudu makan air panas. Gaul sebati dan biar 5 minit.

*Masukkan adunan gelatin ke dalam adunan coklat masakan tadi. Gaul sebati supaya tidak berketul. Biarkan adunan ganache hingga menjadi sedikit pekat barulah dituang ke atas lapisan kek nanti.




4.CARA MELAPIS KEK COKLAT INDULGENCE


Potong kek kepada 2 bahagian dahulu


Potong lagi 2 menjadi 4 bahagian

Letak lapisan kek yang pertama


Lapiskan rata dengan mousse putih

Letak lapisan kek yang ke-2...Kemudian lapis pula dengan mousse coklat...Seterusnya lapis dengan lapisan kek yang ke-3 dan lapis pula diatasnya dengan mousse putih. Selepas itu, letak di atas lapisan mousse putih tadi dengan lapisan kek yang ke-4.

Susunan Lapisan kek dari bawah :
1. Kek
2. Mousse putih
3. Kek
4. Mousse coklat
5. Kek
6. Mousse putih
7. Kek 



Sapu rata keliling kek dengan lebihan mousse coklat tadi hingga habis. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam...nak cepat keras letak di bahagian beku sebelum dituang ganache.
Pastikan ganache betul-betul sejuk dan cukup pekat sebelum dituang di atas kek yang telah disaluti mousse coklat tadi.

Ayakkan di atas kek dengan snow powder...Kalau rajin boleh deco-deco kek tersebut. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sebelum boleh dipotong. Bukan apa takut tak cukup keras nanti kek berderai tak jadi lapisannya nanti.


Banyak step kan??? leceh dan remeh pun iye kan...sebab tulah kek ni mahal kan...susah nak membuatnya...huhu...tapi kalau rajin apa salahnya...buat sendiri ni lebih puas hati kan....


SELAMAT MENCUBA!!!😋