Memaparkan catatan dengan label PULUT AYAM ALA THAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PULUT AYAM ALA THAI. Papar semua catatan

Isnin, 5 Ogos 2019

PULUT AYAM ALA THAI

Assalamualaikum & selamat petang

Pulut ayam thai

Pulut ayam ala thai...senang jer nak buat ...bahan pun simple jer ...bila teringin nak makan paksa diri jugak untuk buat ...

Pulut ayam mesti ada :
1. Pulut
2. Ayam goreng  berempah
3. Bawang goreng
4. Sos cili thai


PULUT
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan beras pulut -rendam 1 jam
1/4 cawan santan cair
1/2 sudu makan gula
Sedikit garam halus
*larutkan gula dan garam di dalam santan cair.

Cara-caranya :
Toskan pulut yang telah direndam tadi. Tambah 1 1/2 cawan air & kukus 30 minit .
Keluarkan pulut dan gaul sebati dengan campuran santan. Kukus lagi selama 5 minit.


AYAM  GORENG BEREMPAH
10 ketul  kepak ayam
2 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu kecil garam halus
1/4 cawan  tepung beras
2 sudu kecil serbuk kunyit
* 5 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 2 inci halia
* 1 sudu kecil lada hitam
* kisar

Cara-caranya :
Gaul semua bahan dengan ayam. Perap selama mungkin. Lagi lama lagi sedap .Semalaman pun boleh. Saya perap 1 jam jer...
Goreng dengan minyak banyak hingga garing.


BAWANG GORENG
8 ulas  bawang  merah -hiris nipis
1/2 sudu kecil tepung jagung
Secubit garam
# Gaul sebati. Goreng hingga garing


SOS  CILI  THAI
# beli sos cili thai dan bancuh dengan sedikit air.
Sedia untuk dihidang .


SELAMAT MENCUBA!!!😋