Memaparkan catatan dengan label KEK CHIFFON HOKAIDO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK CHIFFON HOKAIDO. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2020

CUPCAKES CHIFFON HOKAIDO

Assalamualaikum dan selamat malam....

CUPCAKES CHIFFON HOKAIDO

Last entry hujung bulan Disember tahun lepas...hari ni gagahkan diri juga untuk update blog kesayangan...kebizian melanda...Hari ni nak share resepi Kek cawan Chiffon Hokaido...lama dah menyimpan cuma tak sempat nak post...


GEBU GEBAS JER KEK NI CUSTARDNYA PULAK LEMAK BERKRIM...



BAHAN A
5 biji kuning telur
3 sudu makan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
# Kacau dengan whisk hingga sebati


BAHAN B
5 biji putih telur
4 sudu makan gula kastor
1 sudu kecil cream of tartar
# Mix 20 minit dengan kelajuan tinggi hingga jadi meringue.


BAHAN C
1/2 cawan tepung gandum/ 50gm kalau timbang
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit gula halus
2 sudu makan tepung jagung
# Ayak semua bahan

1/2 cawan susu segar/susu cair
5 sudu makan minyak masak



Satu adunan boleh dapat 20 cupcakes saiz M


CARA-CARANYA :
1. Masukkan susu segar dan minyak masak ke dalam adunan A. Kacau rata.
2. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit sambil kacau.
3. Kemudian, masukkan bahan B sesenduk. Kaup balik hingga sebati. Ulang langkah ini hingga adunan B habis.
4. Isikan adunan 3/4 penuh dalam acuan cupcakes.
5. Panaskan oven 180'c selama 5 minit.
6. Bakar 30-35 minit api atas bawah.


INTI CUSTARD
2 cawan instant custard
2 cawan air/ susu cair
# Gaul sebati hingga adunan bertukar kuning dan likat.

Tabur dengan snow powder kat atas cupcakes...hias simple jer...comel jer kan...


CARA MENGISI INTI CUSTARD
1. Gunting bahagian tengah cupcakes.
2. Paipkan inti custard hingga penuh.
3. Tabur cupcakes dengan snow powder.
4. Sedia untuk dihidang.



SELAMAT MENCUBA!!!😋