Assalamualaikum & selamat petang ...
Menu express untuk santapan makan malam ..3 rasa.manis,masin,masam....secukup rasa jer... Sekali hadap kejap jer licin sebab anak-anak suka sangat dek kerana tiada elemen sayuran di situ .. Memang sengaja buat camtu sebab dah tau diorg xsuke ...kalau boh memang tak makan sayur2 tu ...Membazir pulak... So, sape nak tambah sayur campur pun boleh nak bagi nampak meriah kan... Tapi .. Saya lebih suka kosong begitu jer...
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal (siang,lumur dgn serbuk kunyit & goreng hingga garing )
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris
* 4 biji bawang ros
* 4 ulas bawang putih
* blend lumat
2 sudu makan cili kisar
1/2 cawan sos tomato
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
1/2 cawan air
1 sudu teh garam halus
3 sudu makan gula
Cara - caranya :
1. Panaskan sedikit minyak .Tumis bawang besar & halia yang dihiris tadi .
2. Masukkan bawang yang diblender dan tumis hingga naik bau .
3. Masukkan pula cili kisar & masak sebentar .
4.Masukkan air, sos tomato,sos cili ,sos tiram, garam & gula .Masak hingga agak pekat.
5. Curahkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng tadi .
SELAMAT MENCUBA!! !
Memaparkan catatan dengan label BAWAL 3 RASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAWAL 3 RASA. Papar semua catatan
Khamis, 31 Januari 2019
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum dan salam sabtu... SAYUR AIR IKAN KEMBUNG Kat Kedah ni orang panggil sayur air ikan termenung....ikan kembung kat si...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...