Memaparkan catatan dengan label KUIH KASWI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH KASWI. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Ogos 2019

KUIH KASWI

Assalamualaikum & selamat malam ... 

Kuih kaswi


Sesuai untuk santapan pagi & petang

Kuih kaswi ....sedap sangat aih...bila tekak teringin nak makan,maka merajinkan diri untuk bersilat di dapur ...masak malam pagi esoknya boleh potong buat santapan sarapan pagi ... 

Bahan-bahan :
2 cawan air 
1 cawan gula merah 
3/4 cawan gula pasir
# Didihkan hingga gula larut,kemudian tapis dan biarkan sejuk.

2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung  ubi 
3 cawan air 
3/4 sudu teh kapur dicampur dengan 3 sudu makan air. 

Bahan  salutan:
Kelapa parut putih 
Sedikit garam  halus 
#Gaul sebati

Lembut & manis secukup rasa....rasa sepotong pasti nak lagi....


Cara-caranya :
1. Campur tepung gandum,tepung ubi ,air  & air kapur . Biarkan sebati dan tidak berketul-ketul.
2. Kemudian campurkan air gula  yang telah dimasak tadi. Gaul sebati .
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang 10x 10 inci .
4. Tapis dan tuangkan adunan ke  dalam loyang. 
5.Kukus selama 1 jam. Setiap 10 minit  lap tudung pengukus supaya air tidak menitis pada kuih .
6. Selepas 40 minit, buang  lebihan air yang bertakung  atas kuih .Kukus lagi hingga cukup 1 jam. 5 minit  terakhir kukus dengan membuka tudung pengukus .
7. Biarkan kuih sejuk barulah potong dengan pisau plastik. Seelok-eloknya masak malam,pagi boleh potong .
8. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang telah digaul sedikit garam  halus.
9. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋