Memaparkan catatan dengan label MEE BANDONG MUAR SUPER SEDAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEE BANDONG MUAR SUPER SEDAP. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2020

MEE BANDONG MUAR SUPER DUPER SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

MEE BANDONG MUAR SUPER DUPER SEDAP...

Yummylicious...cuba sekali pasti nak lagi...

Hari ni saya nak berkongsi resepi mee bandong muar menggunakan pes mee bandong 'mak pon'...memang super delicious...apa yang best guna pes mee bandong 'mak pon' ni cuma sediakan bahan mentah jer...bawang-bawang tak payah nak blender2 dah....guna jer pes rempah tu...complete dah...

Pes mee bandong 'mak pon'

Tak payah nak tumis-tumis masukkan jer dalam air rebusan.

Yang tak tahu cara memasak...boleh jer tengok cara penyediaan di belakang pack...


Jom kite tengok cara memasaknya step by step yer...

Sebelum tu kena sediakan bahan-bahannya dulu...

Bahan-bahannya
Bahan-bahan:
3 bungkus mee kuning
1/2 ekor ayam-potong kecil
20 ekor udang
10 biji telur
2 pokok sawi-potong kecil
2 biji tomato-dipotong
2 sudu makan knorr pasti sedap
Bawang goreng
Cili merah-hiris


Rebus isi ayam dengan air secukupnya....rebus lebih kurang 15 minit...Sukatan air dan bahan cukup untuk 10 orang makan ni...senang...masak banyak terus...

Masukkan pula 2 pek pes mee bandong mak pon..kalau nak masak kuantiti sikit boleh guna 1 pek pes mee bandong sahaja...

Gaul sebati dan biarkan mendidih.

Masukkan udang

Masukkan pula sawi

Masukkan tomato

Pecahkan telur satu persatu

Tips mendapatkan telur seketul seketul...pecahkan telur ke dalam senduk sebelum dimasukkan ke dalam kuah mee bandong yang menggelegak...

Biarkan kuah mendidih beberapa minit. Jangan dikacau takut telur pecah....selepas lebih kurang 5 minit...lihatlah hasilnya...telur bulat-bulat elok jer...

Taraaaa....ini hasilnya mee bandong muar menggunakan pes mee bandong 'mak pon'...super delicious...super marvellous...ganding bersama air soda bandong memang gandingan yang mantap...

Mee bandong super delicious

❤Nota✔️: Jika berminat untuk mendapat dan merasai kesedapan pes mee bandong bolehlah klik link yang tertera di blog yer...tq😊


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋