Memaparkan catatan dengan label RESEPI AIR FRYER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI AIR FRYER. Papar semua catatan

Ahad, 26 April 2020

AYAM PERCIK AIR FRYER

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

AYAM PERCIK AIR FRYER

Bulan puasa ni macam-macam resepi baru yang akan kita cuba dan masak untuk dihidangkan semasa berbuka kan...aura masak tu lain macam...nak menu yang lain dari hari biasa...

Kali ni saya dah cuba resepi ayam percik menggunakan air fryer...kalau takde air fryer boleh je guna oven,pan pemanggang atau apa-apa sekalipun yang penting ayam tu dibakar yer...resepi simple jer tapi sedap sangat...boleh buat lagi...cepat jer licin...

Sedap hingga menjilat jari....

Bahan-bahan:
Ayam dipotong 4-ambil 2 bahagian paha

Bahan perap(diblender):
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
3 batang serai
1 cawan santan pekat
1 sudu makan gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam


Ayam yang telah siap dibakar...

SUHU : 200'C
MASA : 15 MINIT...TERBALIKKAN AYAM TAMBAH 15 MINIT LAGI...
TOTAL MASA MEMASAK : 30 MINIT


Cara memasak :
1. Lumurkan bahan perapan pada ayam.Perap lebih kurang 1 jam.
2. Masukkan ayam dalam air-fryer.Pastikan basket dah dialas dengan kertas aluminium.
3.Masak 15 minit pada suhu 200'c.
4. Terbalikkan ayam dan bakar lagi 15 minit.
5. Panaskan kuah lebihan perapan ayam hingga agak pekat.
6. Tuang kuah di atas ayam yang telah dibakar tadi.
7. Sedia untuk dihidang.



* RESEPI NI SAYA BAGI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐....SEBAB SEDAP SANGAT...MEMENUHI SELERA 1 FAMILY...



SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋



Khamis, 23 April 2020

DAGING BAKAR ALA DANOK AIR FRYER

Assalamualaikum dan selamat petang...

DAGING BAKAR AIR FRYER

SUHU : 180'C
MASA : 20 MINIT KEMUDIAN TERBALIKKAN TAMBAH LAGI 10 MINIT
Total masa : 30 minit


Hari ni saya nak up resepi menggunakan air fryer...yelah sekarang ni kan viral penggunaan air fryer untuk memasak...senang tak payah pakai gas...tak payah bakar pakai oven...masuk-masuk cukup time siap...

Saya nak share resepi daging bakar ala-ala danok...saya try buat 2 hari lepas...sedap rupanya...tapi daging tu saya rebus dulu...perap baru bakar...bukan pe takut liat...kalau liat memang spoiltlah masa makan kan...so, langkah lebih selamat saya rebus dulu dalam pressure cooker dulu,perap semalaman baru bakar...hasilnyer memang marvellous...sedap giler...


Bahan-bahan :
1 kg daging lembu-rebus dulu...kalau tak nak rebus terus perap pun xpe...tapi kalau liat tanggung sendirilah yer...


Bahan perapan:
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan gula perang
1 sudu kecil lada hitam-tumbuk halus
1 sudu kecil sos ikan
2 sudu makan minyak

Daging yang telah diperap semalaman

# Lumur bahan perapan pada seluruh daging dan perap semalaman.


Alas dalaman air fryer dengan aluminium foil
Letakkan daging

Bakar dalam air fryer selama 20 minit

#Bakar dalam air fryer 20 minit.Pastu terbalikkan daging...bakar lagi 10 minit.

Setelah 20 minit,inilah hasilnya...terbalikkan daging dan bakar lagi 10 minit.

Selepas 30 minit....angkat dan sedia untuk dipotong.

# Angkat,potong dan sedia untuk dihidang dengan sos pencicah istimewa.



SOS PENCICAH ISTIMEWA

* 1sudu makan beras pulut-sangai
* 3 ulas bawang putih
*Akar daun ketumbar
* tumbuk lumat

1 biji limau nipis-perah dan ambil airnya
4 sudu makan air
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 biji bawang besar-hiris nipis
Daun ketumbar-cincang
2 sudu kecil sos ikan
2 sudu makan gula perang

Cara memasak:
1. Masukkan air limau,air,sos ikan,sos tiram,sos cili dan gula perang ke dalam periuk.
2. Didihkan sos hingga sebati.
3. Masukkan bahan tumbuk dan gaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan pula bawang besar dan daun ketumbar.
5. Masak sos hingga agak pekat.
6. Sedia untuk dihidang sebagai sos pencicah daging bakar.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋




Isnin, 6 April 2020

CHEESETART AIR FRYER

Assalamualaikum dan selamat petang...


CHEESETART MONTOK


CHEESETART AIR FRYER

SUHU : 150'C
MASA : 10 MINIT

untuk resepi penuh cheesetart boleh klik
RESEPI CHEESETART...

Dah ada air fryer guna jelah kan...alah membeli menang memakai...


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

NUGGET GORENG AIR FRYER

Assalamualaikum dan selamat petang...

Nugget goreng air fryer


NUGGET AIR FRYER

SUHU : 200 'C
MASA : 10 MINIT

SELAMAT MENCUBA!!!😋😋


BINGKA LABU AIR FRYER

Assalamualaikum dan selamat petang...

BINGKA LABU


serius memang sedappppp...


Baki labu semalam masih ada...maka labu itu perlu diinovasikan supaya dimakan dan tidak dibuang...otak ligat memikirkan resepi...maka...terhasillah bingka labu...
Adunan untuk masak dalam air fryer maka sukatannya sedikit...cukuplah untuk makan anak beranak...

Bahan-bahan:

1 cawan labu yang telah dilenyek.
-rebus isi labu selama 20 minit. Lenyek dan jadikan 1 cawan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan
1/8 cawan air
1 biji telur
1 1/2 sudu makan mentega-cairkan

Bijan secukupnya


Cara memasak:
1. Blender tepung gandum,gula pasir,santan,air,telur dan mentega.Blend hingga sebati.
2. Kemudian,masukkan pula labu yang telah dilecek dan blender lagi hingga sebati.
3. Sapukan sedikit mentega pada loyang.
4. Tuang adunan yang telah diblender tadi ke dalam loyang.
5. Tabur bijan secukupnya atas adunan.
6. Bakar menggunakan air fryer selama 40 minit pada suhu 160'c.
7. Sejukkan dan boleh dipotong.

# Kalau takde air fryer boleh jer guna oven.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Rabu, 25 Mac 2020

PUDING ROTI SOS KASTARD AIR FRYER

Assalamualaikum dan selamat petang...


PUDING ROTI SOS KASTARD


Puding roti sos kastard... Meleleh-leleh gitu sosnya... Yummy.... 


Dah berkurung jer kat rumah kan... Maka otak pun ligat nak masak menu macam-macam.... Hari-hari dok buat sandwich jer dengan roti-roti tu boring juga.... Ubah sikit menu.. Buat puding pulak.... Sedap pun sedap...


Bahan-bahan membuat puding roti

RESEPI PUDING ROTI

Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
Sedikit esen vanilla
Sedikit kismis

Cara menyediakannya :

Carik-carikkan roti di dalam loyang.


Masukkan susu cair,gula,esen vanilla dan telur ke dalam bekas.


Gaul sebati bahan-bahan tersebut menggunakan whisk. Pastikan gula hancur.

Tuang adunan telur tadi ke dalam loyang berisi roti tadi.


Biarkan roti sedikit kembang dan gaul sebati.


Letakkan pula kismis.


Bakar menggunakan air fryer suhu 150'c selama 30 minit. Kalau takde air fryer guna jer oven...kalau takde oven guna jer pemanggang ajaib...kalau takde jugak xdapek den nak nolong...


Cukup 30 minit,angkat dan sejukkan puding.



Taraaaa....puding roti siap dibakar....golden brown jer colournya kan...



Bahan-bahan untuk membuat sos kastard


RESEPI SOS KASTARD
1 cawan  instant custard
1 cawan susu cair
2 cawan air


CARA MEMBUATNYA :

Campur semua bahan. Gaul sebati menggunakan whisk.Masak atas api kecil hingga sedikit pekat.Kacau selalu supaya tidak berketul.

Hidang sos kastard bersama puding roti yang siap dimasak tadi.



SELAMAT MENCUBA!!! 😋😋😋

Selasa, 11 Februari 2020

MUFFIN COKLAT AIR FRYER

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Muffin coklat


Hari ni nak up pulak resepi menggunakan air fryer.... Resepi muffin coklat.... Senang jer.... Gaul-gaul jer....tuang...bakar.... Siap!!!


Bahan-bahan :

*1 cawan serbuk  koko
*2 cawan tepung blue key berserbuk penaik
*2 sudu kecil soda bikarbonat
* Ayak semua bahan

1 3/4 cawan gula kastor
3 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan  minyak masak
3/4 cawan air panas


Cara-caranya :
1. Campurkan telur,gula kastor, minyak masak & susu  cair di dalam  bekas. Mix sebati menggunakan whisk.
2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3. Akhir sekali,masukkan pula air panas dan gaul rata
4. Masukkan adunan 2/3 penuh ke dalam bekas muffin. Boleh tabur coklat chips jika suka.
5. Bakar 20-25 minit dalam air fryer pada suhu 140'c.
6. Nak bakar dalam oven suhu 170'c  selama 20 minit.  Nak kukus pun boleh... 10 minit jer...tapi guna bekas yang kalis air yer...


# tips : Untuk memastikan muffin lebih moist bakar secukup masa jer... Lepas 20 minit cucuk tengah kek dengan lidi. Kalau tak melekat cukup masaklah tu.. Kalau masih melekat tambah masa lagi...dalam 3-5minit...

# muffin coklat ni lebih sedap dimakan jika dibiarkan semalaman... Sebab lebih moist...


SELAMAT MENCUBA!!!😋

Selasa, 1 Oktober 2019

KEK PISANG AIR FRYER

Assalamualaikum & selamat petang...






Hari ni nak update resepi kek pisang guna air fryer pulak.... Rasa cam senang pulak guna air fryer ni... Setakat nak bakar kek saiz kecik-kecik better guna air fryer.... Cepat & mudah...



KEK PISANG AIR FRYER
# Suhu 150'c
# Masa  35 minit


kek sebelum dibakar

Bahan-bahan:
6 biji pisang emas saiz kecil
(kalau besar 3 biji) -lenyek

* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* ayak

2 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya:
1. Gaul sebati telur,gula & minyak menggunakan whisk.
2. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3. Masukkan pula pisang yang telah dilenyek dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada loyang & alas dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam Loyang.
5. Setting suhu 150'c selama 35 minit. Cukup 35 minit sehingga kek masak.
6. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT  MENCUBA!!! 😋

NOTA : SUHU & MASA PEMBAKARAN ADALAH BERBEZA MENGIKUT JENIS/JENAMA AIR FRYER. KEBIASAANYA SUHU NORMAL PEMBAKARAN KEK BAGI AIR FRYER ANTARA 150'C HINGGA 200'C. BEGITU JUGA MASA PEMBAKARAN. KENA TRY & ERROR...Masa & suhu yg diberikan di dalam resepi ini adalah mengikut kapasiti loyang 6 inci dan air fryer jenama KHIND. Sekiranya menggunakan air fryer jenama lain tetapi telah mengikut masa/suhu yang diberikan tetapi kek belum masak, boleh tambah masa pembakaran/naikkan suhu yer.




Jumaat, 27 September 2019

TAUHU SUMBAT AIR FRYER

Assalamualaikum & salam Jumaat...


Tauhu sumbat

Resepi air fryer lagi... Kali ni saya akan update resepi tauhu sumbat pulak... Tak sampai 30 minit sedia untuk dimakan...
Tauhu sumbat....goreng guna air fryer... 15 minit siap... Minyak pun tak memercik mengotorkan dapur.... Masak sos  pun guna air fryer... Cepat dan mudah...


TAUHU SUMBAT
# 200 'c
# 15minit


TAUHU SUMBAT

Bahan-bahan:
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak
1/2 batang timun -sagat halus
1/2 batang lobak merah -sagat halus
Sengkuang -sagat halus

CARA MEMASAK:
1. Tauhu dilumur dengan sedikit garam dan minyak.
2. Masukkan ke dalam air fryer. Masak selama 10 minit.
3. Terbalikkan tauhu dan masak lagi 5 minit. Keluarkan.
4. Tauhu dipotong 2 menjadi segitiga. Belah di tengah-tengah.
5. Sumbat dengan timun, lobak & sengkuang yang telah disagat tadi.
6. Sedia untuk Somalian bersama sos cili.


SOS CILI
5 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
1 biji limau kasturi(ambil jus)
3 sudu makan gula
1 sudu kecil garam halus
1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMASAK :
1. Blend semua bahan hingga lumat.
2. Masukkan ke dalam mangkuk stainless steel.
3. Masukkan ke dalam basket air fryer.
4. Setting 200'c selama 10 minit.
5. Sedia untuk dihidang. Kalau pekat boleh tambah dengan sedikit air.


SELAMAT MENCUBA!!! 😋

Selasa, 24 September 2019

KEROPOK KEPING IKAN AIR FRYER

assalamualaikum & selamat petang....



Nak update lagi menu menggunakan air fryer.... Hari ni try & test goreng keropok keping guna air fryer...memang tak guna minyak langsung.... Sesuailah untuk yang sedang berdiet bila teringin nak makan keropok keping.... Memanglah hasilnya tak sama macam kita goreng minyak tapi oklah still boleh telan...

KEROPOK KEPING IKAN AIR FRYER
# 200'C
# 10 Minit


SELAMAT MENCUBA!!! 😋

Rabu, 18 September 2019

KEK COKLAT MOIST AIR FRYER

Assalamualaikum & selamat malam...




Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak guna air fryer ni... Percubaan memasak kek menggunakan air fryer....alhamdulillah menjadi... Dalam masa yang sama melatih anak dara umur 10 tahun mem'baking'.... Seronok dia bila tengok kek buatan air tangannya menjadi... 


Resepi ni untuk adunan 2 loyang 6 inci.... Kalau nak hasilkan 1 loyang buat 1/2 adunan jer... 




KEK COKLAT MOIST
# Suhu 140'c
# Masa 40 minit


BAHAN-BAHAN :

Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh soda bikarbonat 
* ayak semua bahan A di atas 

Bahan B
1 cawan gula kastor 
1 cawan susu pekat 
1 cawan susu cair 
1 cawan minyak 
1 cawan air panas 
# Gaulkan semua bahan B

Bahan C
2 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla 
# Pukul sebati bahan C


Cara membuatnya :
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau sebati. 
2. Masukkan pula bahan C ke dalam adunan A& B tadi. Kacau sebati. 
3. Tuangkan 1/2 adunan ke dalam loyang 6 inci yang telah disapu sedikit minyak dan dialas kertas minyak. 
4. Setting air-fryer 140'c selama 40 minit. 
5. Sejukkan dan hiaskan dengan topping coklat. 
6. Sedia untuk dihidang. 


SELAMAT MENCUBA!!!😋



Ahad, 1 September 2019

AYAM MASAK KICAP AIR FRYER

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Ayam masak kicap


Semakin mudah bila memasak menggunakan air-fryer.... Sementara memasak ayam guna air-fryer boleh prepare bahan-bahan untuk masak kicap...

AYAM MASAK KICAP AIR FRYER
Ayam potong kecil -goreng menggunakan air-fryer.
# Suhu 200'c
# Masa 30 minit

Bahan masak kicap
1 biji bawang Holland -potong bulat
3 ulas bawang putih -potong nipis
5 biji cili padi -potong kecil
Kicap manis secukupnya
2 sudu makan sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih & cilipadi hingga layu.
2. Masukkan kicap manis secukupnya dan sos tiram. Gaul sebati.
3. Kemudian, masukkan pula ayam yang telah digoreng dengan air-fryer tadi.Gaul sebati dan masak sebentar.
4. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋

AYAM GORENG AIR FRYER

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Ayam goreng air-fryer


Ayam goreng air-fryer...cepat, sedap dan mudah.... Tak perlu guna minyak yang banyak... Dapur pun bersih jer... Tak terpercik minyak....



AYAM GORENG AIR-FRYER

Ayam -potong kecil
-salut dengan tepung bestari dan sedikit air. Perap 10 minit.
- Kemudian salut dengan tepung bestari tanpa perlu tambah air.

# Suhu 200'c
# Masa 30minit.15 minit pertama terbalikkan dan masak lagi 15minit.



SELAMAT MENCUBA!!!😋

Sabtu, 31 Ogos 2019

SANDWICH TELUR AIR FRYER

Assalamualaikum & selamat malam... 

Sandwich telur




Malam ni nak up satu lagi resepi  menggunakan air fryer... Menu yang sangat simple... Sandwich telur... Masak telur rebus menggunakan air fryer... 

Roti,telur,salad,timun & tomato

SANDWICH TELUR AIR FRYER
 
5 biji telur
# Suhu 90'c
# Masa  35 minit

Timun
Tomato
Daun salad
2 sudu makan mayonis
Sedikit serbuk lada sulah
Roti sandwich


Cara membuatnya :
1. Letakkan 5 biji telur ke dalam basket air- fryer. 
2. Setting 90'c ,masa 35 minit. Keluarkan dan sejukkan. 
3. Kupas telur dan hancurkan. Campurkan mayonis dan serbuk lada sulah. 
4. Potong timun & tomato. Cuci daun salad.
5. Lapiskan roti dengan daun salad,tomato & timun. Kemudian, lapiskan dengan telur hancur tadi. 
6. Lapiskan sekeping roti lagi. 
7. Roti dipotong dua menjadi segitiga. 
8. Sedia untuk dihidang. 


SELAMAT MENCUBA!!!😋

MUFFIN CIPS COKLAT AIR FRYER

Assalamualaikum & selamat malam...

Muffins cips coklat


Garing di luar moist di dalam


Muffin cips coklat... Guna 3 bahan jer... Oreo,cips coklat & susu coklat....


MUFFIN CIPS COKLAT
# Suhu 170'c
# Masa 15 minit




BAHAN-BAHAN (16 biji cupcakes size S) :
2 paket oreo original(137 gm setiap paket)
200ml susu coklat
Cips coklat


CARA MEMBUATNYA:
1. Blend oreo & susu coklat hingga hancur dan sebati.
2. Tuang 3/4 ke dalam acuan cupcakes.
3. Bubuh sedikit cips coklat.
4. Susun dalam basket air-fryer.
5. Setting suhu 170'c selama 15 minit.
6. Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!! 😋

Selasa, 27 Ogos 2019

TELUR SETENGAH MASAK AIR FRYER

Assalamualaikum & salam sejahtera ....

Telur setengah masak


TELUR SETENGAH MASAK
# Telur
# Suhu  90'c
# Masa  10 minit


Cara menyediakannya:
1. Masukkan telur dalam air-fryer .Masak selama 10 minit pada suhu 90'c.
2. Keluarkan telur  dan pecahkan ke dalam mangkuk.
3. Taburkan serbuk lada sulah & sedikit kicap jika suka.
4. Sedia untuk dimakan .


SELAMAT MENCUBA!!!😊

TELUR REBUS AIR FRYER

Assalamualaikum & selamat petang ...

Telur rebus air -fryer


TELUR REBUS
# Suhu 90'c
# Masa  35 minit

First time dengar telur rebus boleh masak dengan air-fryer ....ish!!!  Tak meletup ker??? ...seram jugak nak cuba....tapi tak cuba mana nak tau kan...

Percubaan pertama suhu 90'c selama 25 minit telur lembik sikit ..

Percubaan kali ke-2 tambah masa jadi 30 minit still lembik sikit...

Kali ke-3, tambah lagi masa 5 minit jadi 35 minit....hasilnya perfect ...Keras elok jer kejadiannya....So, try and  error ye...

SELAMAT MENCUBA!!!😊

NUGGET GORENG AIR FRYER

Assalamualaikum & salam sejahtera ....

Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak .


NUGGET TEMPURA GORENG
# Masukkan 8-10 keping  nugget ke dalam loyang .Masukkan dalam basket air-fryer.
# Suhu 200'c
# Masa 10 minit

Resepi paling mudah menggunakan air fryer ... Nugget tempura goreng... Tak perlu nak de-frost dari peti beku... Masukkan jer dalam  basket air-fryer,setting suhu 200'c selama 10 minit....Selepas  10 minit air fryer akan berbunyi 'ting'...Bolehlah angkat dan sedia untuk dimakan.

Tips: Saya letak nugget di dalam loyang bersaiz kecil yang muat dalam basket air-fryer....Jadi bila dah masak,angkat jer loyang tu...basket air -fryer tak akan kotor...


SELAMAT MENCUBA!!!😊