Isnin, 6 April 2020

BINGKA LABU AIR FRYER

Assalamualaikum dan selamat petang...

BINGKA LABU


serius memang sedappppp...


Baki labu semalam masih ada...maka labu itu perlu diinovasikan supaya dimakan dan tidak dibuang...otak ligat memikirkan resepi...maka...terhasillah bingka labu...
Adunan untuk masak dalam air fryer maka sukatannya sedikit...cukuplah untuk makan anak beranak...

Bahan-bahan:

1 cawan labu yang telah dilenyek.
-rebus isi labu selama 20 minit. Lenyek dan jadikan 1 cawan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan
1/8 cawan air
1 biji telur
1 1/2 sudu makan mentega-cairkan

Bijan secukupnya


Cara memasak:
1. Blender tepung gandum,gula pasir,santan,air,telur dan mentega.Blend hingga sebati.
2. Kemudian,masukkan pula labu yang telah dilecek dan blender lagi hingga sebati.
3. Sapukan sedikit mentega pada loyang.
4. Tuang adunan yang telah diblender tadi ke dalam loyang.
5. Tabur bijan secukupnya atas adunan.
6. Bakar menggunakan air fryer selama 40 minit pada suhu 160'c.
7. Sejukkan dan boleh dipotong.

# Kalau takde air fryer boleh jer guna oven.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Tiada ulasan: