![]() |
ROTI KENTANG/POTATO BUN ala Teacher Fieza |
Salam pkp untuk semua...hari ni saya akan
share resepi roti kentang yang memang gebu gebas kejadiannya...ingat nak buat
stok untuk 3 hari rupanya tinggal suku jer...esok habislah tu...maknanya apa
tu??? sedaplah tu...hihi... Siap request buat lagi...alahai anak2 oiii...
![]() |
gebu gebas kejadiannya... |
![]() |
Lembut sangat-sangat ni...3 hari pun roti masih lembut ye... |
Untuk adunan ni akan menghasilkan 2 buku
roti tau...
Tanpa berlengah jom kita terus jenguk ke bahan-bahan dan cara membuatnya
ye...
![]() |
BAHAN-BAHAN :
120gm kentang-rebus hingga empuk dan lenyek halus.
![]() |
Kentang direbus sehingga empuk kemudian,lenyek hingga lembut kentang tadi. |
500gm
tepung roti -kalau takde guna je tepung gandum...jadi juga tau...cuma tekstur roti
akan berbeza sedikit...agak sedikit kasar berbanding jika menggunakan tepung
roti...memang gebu sungguh...macam roti yang jual kat kedai-kedai tu...
3 biji
telur gred C( kalau telur gred A @ B guna 2 biji jer tau)
100gm gula perang/gula
kastor/gula pasir (saya guna gula perang sbb nak less sugar...nama pun tengah diet)kalau
nak manis rotinya boleh tambah kuantiti gula ye
2 sudu kecil yis mauripan
60gm
marjerin (lebih kurang 3sudu makan)
30gm susu tepung
150ml air sejuk(dari peti sejuk)
CARA MEMBUATNYA:
๐Oleh kerana saya menggunakan breadmaker,maka saya akan masukkan bahan-bahan cair
terlebih dahulu.
๐Mula-mula,tuang air sejuk,diikuti telur.Kemudian,masukkan
tepung roti,gula,yis,susu tepung & marjerin.
![]() |
Tuang bahan cair diikuti bahan kering. |
๐Setting breadmaker kepada mode
"bread dough"...Biarkan breadmaker buat kerjanya selama 1 1/2
jam...Sambil-sambil tu bolehlah buat kerja lain...basuh baju ke...sapu sampah
ke...mop lantai ke...Sungguh memudahkan kerja membuat roti guna breadmaker ni...tak perlu uli
guna tangan dah...
![]() |
Setting breadmaker kepada function "bread dough". Breadmaker saya tekan no.7 |
๐oh ya! Sambil menunggu roti dalam proses diuli...bolehlah siapkan sos kastardnya...
SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN :
200 ml susu cair(saya guna susu kotak Dutch lady full cream
2 sudu makan gula
2 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAKNYA :
![]() |
Campur semua bahan ke dalam periuk dan gaul sebati menggunakan whisk.Dengan api kecil gaul sebati hingga agak pekat. Tutup api. Masukkan ke dalam piping bag dan biarkan sejuk. |
![]() |
Adunan roti berkembang dengan jayanya setelah 1 1/2 jam . |
๐masa menguli guna breadmaker bergantung kepada jenama breadmaker itu sendiri...yang penting setting "bread dough" ye...saya menggunakan breadmaker jenama "empress" dari COSWAY...hampir 8 tahun pakai...masih ok...
๐ Kalau takde breadmaker bolehlah gunakan mesin pengadun/mixer
tapi pastikan gunakan mata khas utk uli doh yer...yg design berpintal-pintal tu...
kalau takde juga mixer ulilah guna tangan jer...cuma utk mixer & guna tangan
mulakan dgn bahan kering baru campur dengan bahan basah yer...Tuang air sedikit
demi sedikit hingga habis & uli sehingga doh menjadi elastik...paling kurang 15
minit...mungkin ambil masa 20-30minit...uli pakai tangan boleh sado tangan tau๐คญ
๐Apa itu elastik? elastik maksudnya bila kita tarik doh...ia akan
meregang tanpa koyak...maksudnya doh dah elastiklah tu... ok...bila dah
elastik... timbang doh lebih kurang 35-40gm setiap satu...bulat2kan
dan susun ke dalam loyang...
![]() |
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian(35-40gm) & bulat-bulatkan. |
๐Tutup doh dengan plastik wrap dan biarkan hingga
doh kembang sehingga 2 kali ganda...
lebih kurang 45 minit-1 jam...bergantung
kepada cuaca...kalau panas doh akan cepat mengembang...
cuaca sejuk lambatlah
sikit kembangnya...
![]() |
Tutup adunan roti dengan plastik wrap |
๐Bila roti dah kembang,buka plastik wrap dan sembur/renjis permukaan
roti dengan sedikit air...tutup semula roti dengan plastik wrap tadi selama 5 minit.
![]() |
Roti dah kembang 2x ganda |
๐ Pipingkan permukaan atas roti dengan sos kastard.
![]() |
Paipkan sos kastard di atas permukaan roti |
๐Sementara itu,panaskan
oven 150'c selama 10 minit. Bakar roti pada suhu 200'c selama 20 minit. Bila
roti dah masak, angkat roti dan sapukan permukaan atas roti dengan
marjerin.Tujuannya
supaya roti akan menjadi berkilat dan sentiasa lembap(tak
kering).
![]() |
Roti yang telah siap dibakar |
![]() |
Permukaan roti telah disapu dengan marjerin. |
๐ Setting suhu & masa pembakaran pun bergantung kepada suhu oven masing-masing ye...oleh kerana oven saya berkapasiti besar maka saya menggunakan suhu yang tinggi iaitu 200'c dan masa pembakaran hanya selama 20 minit sahaja. Kena try & error oven masing-masing...Kena kenal sendiri oven masing-masing tau!!!
๐Setelah permukaan roti disapu marjerin,sisipkan pula bahagian tepi kek dengan spatula.Terbalikkan roti semula & letak diatas redai kek.
![]() |
Sisipkan bahagian tepi roti menggunakan spatula |
![]() |
Terbalikkan di atas redai kek...kemudian telangkupkan semula. |
๐Boleh
dimakan semasa panas ataupun sejuk...Sedap juga dimakan bila cicah dengan air
milo/teh/kopi panas.
![]() |
Sedia untuk dimakan๐ |
![]() |
Puas hati sangat-sangat... memang roti menjadi & gebu gebas |
๐๐ Tips cara menyimpan roti supaya sentiasa lembut selama 3 hari...Pastikan roti dimasukkan ke dalam plastik dan disimpan di dalam tupperware bertutup...InshaAllah, roti akan sentiasa lembut walaupun dah 3 hari ye...
๐๐ Tips buat roti supaya jadi dengan jayanya...jangan derhaka resepi tau!!!...jangan pandai-pandai ubah method/kuantiti bahan...kalau tak jadi jangan salahkan resepi pulak ye๐คญ
SELAMAT MENCUBA!!!๐๐๐