Memaparkan catatan dengan label GULAI KARI AYAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GULAI KARI AYAM. Papar semua catatan

Ahad, 29 Mac 2020

GULAI KARI AYAM PKP

Assalamualaikum dan selamat petang....

GULAI KARI AYAM & BAYAM TUMIS AIR


Menu santapan hari ini ialah gulai kari ayam dan bayam tumis air.... Masak seekor ayam dibuat gulai cukuplah stok sampai ke malam...

GULAI KARI AYAM


Bahan-bahan :
Seekor ayam-potong kecil
3 biji kentang -kupas dan potong empat
Rempah sekawan
3 ulas  bawang ros-hiris nipis
3 ulas  bawang putih -hiris nipis
1 biji bawang besar-hiris nipis
Daun kari
Air secukupnya
1 cawan air asam jawa-bancuh 1 sudu kecil asam jawa dengan 1 cawan air
1 peket rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
Garam dan gula secukupnya
2 kotak kecil santan

Bahan kisar :
10 ulas bawang ros
5 ulas bawang putih

Cara memasak :
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan hiris, daun kari & rempah sekawan hingga naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga masak.
3. Masukkan pula serbuk cili dan gaul sebati.
4. Kemudian, masukkan pula serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa dan biarkan sebentar.
6. Masukkan pula ayam, gaul sebati dan biarkan kecut sebentar.
7. Tambah air secukupnya dan kentang. Biarkan mendidih.

Next step, tengok gambar kat bawah yer...

Inilah rupanya ayam selepas step-step kat atas yer.... Proses seterusnya guna function pressure nak bagi kentang dan ayam cepat lembut. Kalau takde pressure cooker masak jer dalam periuk biasa sampai ayam dan kentang lembut yer... 

Tutup periuk rapat-rapat. Laraskan tombol dan setting/tekan 'chicken'. Tengok kat screen terpapar 12 minit yer...


Lepas 12 minit,lepaskan wap keluar sepenuhnya dan buka tudung periuk. Gaul sebati.

Tekan 'pressure holding time' setting 10 minit. 


Masukkan 2 kotak santan dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar. Sentiasa dikacau supaya santan tak pecah. 


Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidang. 





BAYAM TUMIS AIR

Untuk resepi bayam tumis air pulak...

Bahan-bahan:
Bayam
Bawang besar-hiris
Bawang  putih-hiris
Cili merah-potong serong
Serbuk maggi cukup rasa
Air secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang & cili merah hingga layu.
2. Masukkan pula sayur bayam dan tumis hingga layu.
3. Masukkan pula air dan serbuk maggi cukup rasa. Didihkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!! 😋😋😋