Memaparkan catatan dengan label CUCUR MANIS KEMBONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CUCUR MANIS KEMBONG. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Ogos 2019

CUCUR MANIS KEMBONG


Assalamualaikum dan selamat malam ...

Cucur manis kembong

Sesuai untuk sarapan pagi & minum petang



Cucur manis kembong....buat untuk sarapan pagi tadi tapi baru sempat meng'update' malam ni...comel-comel jer kejadiannya....bulat-bulat...cute miut jer...
Rangup di luar,lembut di dalam. Makan gitu saja pun sedap...nak cicah sos pun sedap jugak...



Bahan -bahan :
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan gula
1 sudu kecil  garam halus
2 cawan air panas


Adunan tepung yang telah siap digentel bulat-bulat


Cara-caranya :
1. Gaul semua bahan hingga sebati.
2. Biarkan adunan sejuk  dan gentelkan bulat -bulat.
3. Goreng dalam minyak yang banyak hingga garing.
4. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋