Memaparkan catatan dengan label MEATBALLS SOS BLACKPEPPER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEATBALLS SOS BLACKPEPPER. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Jun 2020

MEATBALLS SOS BLACKPEPPER SUPER SIMPLE

Assalamualaikum dan selamat petang...

MEATBALLS SOS BLACKPEPPER

Meatballs sos blackpepper simple tapi sedap...hihi...dalam waktu pkp ni susah betul nak cari bahan-bahan kat kedai...ade jer yang habis stok...hmmm...nasib baik otak ligat berfikir ubah suai bende yang ada kat kedai jelah...nak bagi jadi juga sos blackpepper ni...maka jadilah meatballs sos blackpepper super simple...

Meatballs diganding dengan homemade kentang putar memang marvellous sangat...

Alkisahnya nak masak menu surprise untuk sambut birthday si 'ayah'...pakat dengan anak-anak...prank menjadi dan buat ayah terharu & menangis...hihi...

Inilah dia menu surprise untuk birthday ayah....

Diganding dengan kentang putar memang sedap sangat-sangat

Jom intai resepi meatballsnya...

Masukkan meatballs dalam air-fryer
Suhu 200'c
Masa 5 minit

Lepas 5 minit,masak elok jer...kalau nak guna oven pun boleh...xde oven,nak digoreng meatballs tu nak dikukus pun boleh...

SOS BLACKPEPPER
1 tin creamy soup campbells chicken flavour
2 sudu makan lada hitam-tumbuk lumat
1 biji bawang holland-cincang
3 ulas bawang putih-cincang
Kicap manis secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
# Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang yang telah dicincang hingga layu.
# Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk.Gaul sebati.
#Masukkan soup campbells dan air secukupnya.
# Tambahkan kicap dan garam secukup rasa.
# Masukkan meatballs dan masak sebentar.
# Masak hingga kuah agak likat.
# Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋