Memaparkan catatan dengan label KEK RAINBOW KUKUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK RAINBOW KUKUS. Papar semua catatan

Rabu, 18 Disember 2019

KEK PELANGI KUKUS

Assalamualaikum & selamat pagi....

KEK RAINBOW KUKUS


Kek Rainbow kukus.... Mengancam kebaboom!!!

Kesibukan masa menghalang saya untuk meng'update'resepi-resepi walaupun aktiviti memasak & mem'baking'setiap hari. Saya dalam usaha mengumpulkan resepi-resepi air fryer & pressure cooker untuk simpanan blog ni.... Memudahkan rujukan sendiri & sesiapa sahaja yang berminat & mempunyai minat yang sama iaitu memasak.

Hampir 15 resepi dalam list menunggu.... InshaAllah saya akan cuba release satu persatu.

Untuk hari ni saya akan update resepi kek kukus pelangi. Kek dalam list tempahan tapi berkesempatan nak meng'update'...

Alahai cantik sangat!!!


Mengancam colour kek selepas dipotong

Kek ni sangat colourful...budak2 tengok terus jatuh cinta & tertarik hati nak memakannya. Jom tengok bahan-bahannya & cara membuatnya...

BAHAN-BAHAN
4 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung bluekey
1 sudu makan ovalette
7 1/2 sudu makan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak
Pewarna yang disukai (saya guna purple biru,hijau,kuning,oren,merah)


Bahagi adunan kepada 6 bahagian. Letak pewarna dan gaul sebati

Tuang adunan berselang-seli ke dalam loyang 8 Inci hingga habis. 

CARA -CARANYA :
1. Campur semua bahan dalam bekas. Mix hingga gebu.
2. Bahagikan adunan kepada 6 mangkuk.
3. Bubuh pewarna dan gaul sebati.
4. Tuang berselang-seli ke dalam loyang hingga habis .
5. Kukus 45 minit.
6. Bila kek dah masak keluarkan dari pengukus terus telangkupkan kek di atas redai supaya kek tak mendap.
7. Biarkan sejuk baru dipotong.

Hasil kek yang siap dikukus






SELAMAT MENCUBA!!! 😋