Memaparkan catatan dengan label KUIH KETAYAP STEP BY STEP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH KETAYAP STEP BY STEP. Papar semua catatan

Isnin, 26 Ogos 2019

KUIH KETAYAP @ LEMPENG GULUNG STEP BY STEP

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Kuih ketayap @ lempeng gulung...sedap jugak sesekali buat kuih tradisional sendiri...makan pun puas.. .Boleh isi inti banyak-banyak....hehe....




Kulit ketayap

Kulit ketayap
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan
2 biji telur
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil pandan emulco
2 sudu makan  minyak masak
# Campur semua bahan dan blender sebati. Tapis.


Inti kelapa parut

Inti
1/2 kelapa parut (ambil putih je)
1/2 cawan air
3/4 cawan gula merah
2 sudu makan tepung gandum
# Didihkan air dan gula merah.Masak hingga gula larut dan tapis.
# Masukkan tapisan air gula tadi ke dalam kuali. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati .
# Bila dah agak-agak kering masukkan pula tepung gandum dan gaul sebati.
# Masak hingga inti kering.
# Sejukkan.


Cara membuatnya:
1. Dengan api kecil, panaskan kuali non-stick.
2. Ambil satu senduk kecil adunan dan tuang di tengah-tengah kuali .
3. Gelek-gelekkan kuali hingga adunan menjadi bulat dan nipis .
4. Biarkan adunan masak(warna semua bertukar hijau ).Tak perlu terbalikkan dan angkat.
5. Buat hingga adunan habis. Saya dapat 12 keping . Biarkan sejuk.


Cara menggulung kuih:

Ambil sekeping kulit ketayap .Ambil sedikit inti kelapa dan letak di atas kulit ketayap. 

Lipat kiri dan kanan kulit ketayap. 

Lipat pula di bahagian atas kulit.
Gulung ke bawah dengan kemas .

Gulung hingga hujung.



Taraaaaaa....... Kuih ketayap yang dah siap!!!! Sedia untuk dimakan... .


SELAMAT MENCUBA!!!😋