Memaparkan catatan dengan label NASI LEMAK PRESSURE COOKER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI LEMAK PRESSURE COOKER. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mac 2020

NASI LEMAK PRESSURE COOKER

Assalamualaikum dan selamat malam...


NASI LEMAK PRESSURE COOKER


Hmmm....hari ni nak up resepi nasi lemak pressure cooker... Dah nama pun perintah kawalan  pergerakan... Dok kat rumah jelah.... Memasak sendirilah yer nak beli makanan kat luar risau pulak...


Masak banyak terus dari brunch(breakfast+lunch) terus ke dinner....


Apa yang bestnyer guna pressure cooker ni masakan cepat masak.... Menjimatkan masa...


Bahan-bahan :
5 cawan beras
3 kotak kecil santan(3 cawan)
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan
4 ulas bawang merah-dihiris
Sedikit halba
1 inci halia -dihiris halus


Cara memasak:

Masukkan semua bahan di dalam periuk pressure cooker


Tutup rapat tudung periuk dan laraskan tombol pressure secara menegak.
Tekan button rice
Setelah masak biarkan stim tekanan keluar sepenuhnya.... Buka tudung dan gaul rata nasi... Sedia untuk dihidang...

Hidang bersama ayam goreng, sambal tumis,hirisan timun dan telur rebus.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋