Memaparkan catatan dengan label KEK PUDING PAVLOVA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK PUDING PAVLOVA. Papar semua catatan

Ahad, 11 Ogos 2019

KEK PUDING PAVLOVA

Assalamualaikum & salam aidiladha...




Kek puding pavlova....lebih kurang sama dengan puding triffle... Cuma bezanya lapisan puding di tengah-tengah....kalau puding triffle guna puding kastard tetapi untuk pavlova ni guna puding putih telur....topping buah di atas puding pun ikut suka ye... Saya guna buah koktail dalam tin... Boleh jer guna buah-buahan segar seperti  strawberry/kiwi....Untuk kek  span pulak boleh jer ikut flavour kesukaan yer...vanilla,pandan,coklat ataupun strawberri.



Kek span perlu diterbalikkan segera apabila keluar dari pengukus supaya kek tidak mengecut. 

KEK SPAN(loyang  9 inci)
3 biji  telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu makan  susu tepung
1 sudu makan  pandan emulco
1 sudu makan  ovalette
1/8 cawan susu cair
# Putar semua bahan hingga gebu. Kemudian tambah 1 cawan tepung bluekey self-rising. Putar lagi hingga sebati .Masukkan pula 1 1/2 sudu makan  minyak masak .Kaup balik hingga sebati .
Tuang adunan ke dalam loyang & kukus 30 minit.



PUDING PUTIH TELUR
660 ml air
100 ml  air sirap buah
10 sudu makan  gula pasir (boleh kurangkan)
2 1/2 sudu makan serbuk  agar2 (15 gm)
# Didihkan hingga gula larut dan biarkan suam.

3 biji putih telur-putar hingga gebu
# Masukkan putih telur sedikit demi sedikit & putar hingga sebati menggunakan mixer.


LAPISAN  AGAR-AGAR
1 tin  buah-buahan koktail -tapis  ambil isi & 100ml dimasukkan ke  dalam  larutan  puding tadi .

330ml air
5 sudu makan gula  pasir
1 sudu makan  serbuk  agar-agar (5 gm)
# Didihkan hingga gula  larut .


CARA MELAPIS  KEK  PUDING  PAVLOVA

Step  1 : Letakkan kek span yang telah siap dikukus ke dalam  bekas

Step  2 : Tuang lapisan puding putih telur & biarkan keras. Cakar-cakar permukaan puding untuk lapisan  seterusnya .

Step  3 : Susun  buah-buahan koktail / fresh  ke  atas puding telur tadi .


Step  4 : Tuang  larutan agar-agar dan biarkan mengeras. Simpan di dalam peti sejuk sehingga agar-agar betul-betul keras. Potong dengan  pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA!!!😋