Memaparkan catatan dengan label KEK BATIK INDULGENCE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK BATIK INDULGENCE. Papar semua catatan

Rabu, 18 Disember 2019

KEK BATIK INDULGENCE

Assalamualaikum & selamat pagi...

KEK BATIK INDULGENCE

Sedap sangat

Hari ni saya nak kongsi resepi kek batik indulgence yang pernah viral di media-media sosial... Saya telah cuba dan ubahsuai beberapa resepi untuk menjadikan cara pembuatannya lebih mudah.... Saya suka menyimpan resepi menggunakan sukatan cawan supaya mudah dibuat tak perlu timbang2 dah.... Sukat guna cawan jer... Ingat guna cawan yang sama.... InshaAllah menjadi...

Potong  kek dengan pisau plastik/ pisau yg dicelup air panas

Kek yang siap dipotong... Saiz 8 inci dapat 36 potongan


Tak salah mencuba....copy resepi dan cuba buat sendiri.... Terutama yang ambil resepi untuk dijual... 'Sharing is caring' tapi yang salahnya bila kita copy paste resepi dari blog orang siap dgn gambar2nya sekali pastu paste dalam blog sendiri.... Huhu.... Sedih tau buat macam tu.... Nak tepek gambar bohlah gambar sendiri.... Kalau ye pun nak tepek kat blog sendiri bohlah link blog asal ataupun kredit kepada tuan empunyer asal resepi & gambar tu yer... Barulah manis macam tu kan.... Even ko belajar nak dpt degree/master/phD kena buat tesis ko xleh copy paste ayat2 tesis org lain kan kena buat citation mention penulis asal sbb klu tak tesis ko tu mesti kena reject kan disebabkan ada unsur-unsur plagiat kan... Huhu... Senang kata cetak rompak tanpa izin....

Emotional skit pagi2 ni.... Huhu... Yelah nmpk gambar dlm blog kita dlm blog/page org lain yg diambil tanpa izin rasa geram jugak... Pastu claim mcm resepi & gambar tu dia yang buat sendiri.... Menipu je kan... Nak bagi senang keje dia jer.... Tak baik buat camtu tau...

Oklah.... Berbalik kepada resepi kek batik indulgence ni... Saya dah cuba dan buat untuk jualan... Memang laku keras... Memang harganya mahal skit sebab yelah bahan-bahannya mahal dan pembuatannya sedikit remeh.... Jom intai resepi & cara pembuatannya...





LAPISAN PERTAMA:

Bahan-bahan membuat kek batik

LAPISAN KEK BATIK
1/2 cawan milo
2 sudu makan serbuk koko
125gm mentega/ 1/2 buttercup
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur-pukul sedikit
1/4 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
250gm(43 keping) biskut marie original(patahkan 2)

Loyang 8 inci di alas terlebih dahulu untuk memudahkan kek dikeluarkan


# Cairkan butter dalam kuali.
# Masukkan milo,susu pekat,susu cair,serbuk koko,esen vanilla, telur. Gaul sebati & masak hingga agak pekat.
# Tutup api.
# Masukkan biskut marie.Gaul sebati.
# Masukkan dalam loyang & tekan hingga padat. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.

Di bawah ini disertakan gambar step by step cara membuat Kek Batik :





LAPISAN KE-2

Bahan membuat lapisan cheese

LAPISAN CHEESE
250gm cream cheese tatura
2 sudu makan gula ising
1/2 cawan whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla
50 ml/ 2 sudu makan air panas mendidih
2 sudu teh serbuk gelatin

Step by step  membuat lapisan cheese secara bergambar :




# Putar cream cheese dan gula ising hingga kembang.
#Masukkan pula whipping cream dan putar lagi hingga sebati.
# Masukkan esen vanilla & putar lagi.
# Campurkan serbuk gelatin & air panas. Gaul sebati. Biarkan sebentar lebih kurang 5 minit.
# Tuang campuran gelatin ke dalam adunan cheese tadi. Putar sebati.
# Tuang adunan cheese ke atas lapisan kek batik tadi. Ratakan.
# Simpan di dalam peti sejuk hingga lapisan keras.Lebih kurang 30 minit.



LAPISAN KE-3

Bahan-bahan membuat coklat ganache

LAPISAN COKLAT GANACHE
3/4 cawan whipping cream
200gm dark coklat/ 1 cawan
1 sudu makan mentega

Step by step  membuat coklat ganache

Tuang adunan ganache ke atas lapisan cheese dan ratakan. 

# Didihkan whipping cream. Tutup tuang.
# Tuang ke dalam bekas  berisi dark coklat & gaul sebati hingga coklat mencair sepenuhnya.
# Tambah mentega & gaul sebati.
# Tuang adunan ganache ke atas lapisan cream cheese.
# Simpan di dalam peti sejuk hingga lapisan coklat keras lebih kurang 3 jam.
# Sedia untuk dihidang.

Tips: Untuk mendapatkan potongan kek yang licin & cantik celup pisau dengan air panas & lap kering barulah potong kek.

Boleh pack di dalam bekas-bekas kecil


SELAMAT MENCUBA!!! 😋