Memaparkan catatan dengan label KUIH KASWI PKP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH KASWI PKP. Papar semua catatan

Sabtu, 4 April 2020

KUIH KASWI PKP

Assalamualaikum dan salam Sabtu...

KUIH KASWI


Lemak berkrim...manis secukup rasa...

Bila dah dok rumah jer mulalah teringin nak makan macam-macam...nak beli time PKP memang takde orang jual...so, teringin nak makan kena buat sendirilah gamaknya...

Tak susah pun sebenarnya nak masak kuih kaswi ni....rasa memang macam kuih lompang...cuma kuih lompang bubuh dalam acuan kecik-kecik tu...kaswi tuang jer dalam loyang....kukus...biarkan sejuk dan boleh dipotong....

Bahan-bahan

1 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
2 cawan air
# Campur 3 bahan...didihkan air dan biarkan gula larut.
# Tapis dan biarkan sejuk


2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
3/4 sudu kecil kapur makan dicampur dengan 3 sudu makan air
# Campur semua bahan dan gaul sebati menggunakan whisk.
# Kemudian,campurkan air gula yang telah sejuk tadi dan campur dengan adunan tepung.Gaul sebati.
# Ambil loyang 10 inci,kalau nak tebal sikit guna loyang 9 inci.Sapukan sedikit minyak pada permukaan loyang.
# Tapis dan tuangkan adunan kuih ke dalam loyang.
# Kukus selama 1 jam. Setiap 10 minit,lap tudung pengukus supaya air kukusan tidak menitis pada kuih.
# Selepas 40 minit,buang air berlebihan pada permukaan kuih.Kukus lagi.
# 5 minit terakhir,kukus kuih dengan tudung pengukus dibuka untuk mengeringkan permukaan kuih.
# Biarkan sejuk barulah dipotong dengan pisau plastik.
# Salutkan potongan kuih dengan kelapa parut.


Salutan kelapa parut

SALUTAN KELAPA PARUT
# Kukus kelapa parut-bahagian putih sahaja.
# Gaulkan dengan sedikit garam halus.
# Sedia disalut dengan kuih kaswi.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋