Memaparkan catatan dengan label BENING SAWI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BENING SAWI. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mac 2020

BENING SAWI

Assalamualaikum dan selamat petang...

BENING SAWI


Bening sawi.... Orang jawa panggil 'jangan bening'... Maksudnya masak sup sayur air jer...jernih kuahnya tak keruh.... Rasa fresh jer bila dapat hirup kuah bening ni....slurp...slurp...  Lagi-lagi  dapat makan dengan nasi panas-panas, ayam goreng dan sambal belacan power... Alahai berpeluh-peluh... Hihi...

Senang sangat nak masak sayur bening ni... Campak-campak jer siap...

Bahan-bahan :
Sawi
2 kiub pati ayam
Air secukupnya
1 biji bawang besar-hiris nipis
3 ulas  bawang putih -hiris nipis

Cara memasak :
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan batang sawi dan tumis hingga sedikit lembut.
3. Masukkan air dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih.
4.Kemudian,masukkan sawi,garam dan perasa secukupnya.
5. Tutup periuk dan biarkan mendidih sebentar.
6. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!! 😋😋😋