Sabtu, 31 Ogos 2019

SANDWICH TELUR AIR FRYER

Assalamualaikum & selamat malam... 

Sandwich telur




Malam ni nak up satu lagi resepi  menggunakan air fryer... Menu yang sangat simple... Sandwich telur... Masak telur rebus menggunakan air fryer... 

Roti,telur,salad,timun & tomato

SANDWICH TELUR AIR FRYER
 
5 biji telur
# Suhu 90'c
# Masa  35 minit

Timun
Tomato
Daun salad
2 sudu makan mayonis
Sedikit serbuk lada sulah
Roti sandwich


Cara membuatnya :
1. Letakkan 5 biji telur ke dalam basket air- fryer. 
2. Setting 90'c ,masa 35 minit. Keluarkan dan sejukkan. 
3. Kupas telur dan hancurkan. Campurkan mayonis dan serbuk lada sulah. 
4. Potong timun & tomato. Cuci daun salad.
5. Lapiskan roti dengan daun salad,tomato & timun. Kemudian, lapiskan dengan telur hancur tadi. 
6. Lapiskan sekeping roti lagi. 
7. Roti dipotong dua menjadi segitiga. 
8. Sedia untuk dihidang. 


SELAMAT MENCUBA!!!😋

Tiada ulasan: