Sabtu, 31 Ogos 2019

CHEESEKUT MELELEH CREAM CRAKERS

Assalamualaikum & selamat malam...

Cheesekut meleleh cream crakers


Bahan-bahan:
Biskut cream crakers
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat
1/4 cawan susu cair
Serbuk milo

Cara membuatnya :
1. Blender cream cheese,susu pekat & susu cair hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sedikit likat.
3. Rendam biskut dengan susu cair. Sekejap jer.
4. Ambil sedikit adunan cream cheese dan buat lapisan nipis pada bekas.
5. Lapiskan dengan biskut menutupi lapisan cream cheese tadi.
6. Ulang langkah 4 & 5 hingga cream cheese habis.Lapisan akhir mestilah lapisan cream cheese. 
7. Akhir sekali tabur sedikit serbuk milo di atas lapisan cheese tadi.
8. Simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.
9. Potong dengan pisau plastik dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!😋

Tiada ulasan: