Jumaat, 27 September 2019

TAUHU SUMBAT AIR FRYER

Assalamualaikum & salam Jumaat...


Tauhu sumbat

Resepi air fryer lagi... Kali ni saya akan update resepi tauhu sumbat pulak... Tak sampai 30 minit sedia untuk dimakan...
Tauhu sumbat....goreng guna air fryer... 15 minit siap... Minyak pun tak memercik mengotorkan dapur.... Masak sos  pun guna air fryer... Cepat dan mudah...


TAUHU SUMBAT
# 200 'c
# 15minit


TAUHU SUMBAT

Bahan-bahan:
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak
1/2 batang timun -sagat halus
1/2 batang lobak merah -sagat halus
Sengkuang -sagat halus

CARA MEMASAK:
1. Tauhu dilumur dengan sedikit garam dan minyak.
2. Masukkan ke dalam air fryer. Masak selama 10 minit.
3. Terbalikkan tauhu dan masak lagi 5 minit. Keluarkan.
4. Tauhu dipotong 2 menjadi segitiga. Belah di tengah-tengah.
5. Sumbat dengan timun, lobak & sengkuang yang telah disagat tadi.
6. Sedia untuk Somalian bersama sos cili.


SOS CILI
5 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
1 biji limau kasturi(ambil jus)
3 sudu makan gula
1 sudu kecil garam halus
1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMASAK :
1. Blend semua bahan hingga lumat.
2. Masukkan ke dalam mangkuk stainless steel.
3. Masukkan ke dalam basket air fryer.
4. Setting 200'c selama 10 minit.
5. Sedia untuk dihidang. Kalau pekat boleh tambah dengan sedikit air.


SELAMAT MENCUBA!!! 😋

Tiada ulasan: