Selasa, 1 Oktober 2019

KEK PISANG AIR FRYER

Assalamualaikum & selamat petang...






Hari ni nak update resepi kek pisang guna air fryer pulak.... Rasa cam senang pulak guna air fryer ni... Setakat nak bakar kek saiz kecik-kecik better guna air fryer.... Cepat & mudah...



KEK PISANG AIR FRYER
# Suhu 150'c
# Masa  35 minit


kek sebelum dibakar

Bahan-bahan:
6 biji pisang emas saiz kecil
(kalau besar 3 biji) -lenyek

* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* ayak

2 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya:
1. Gaul sebati telur,gula & minyak menggunakan whisk.
2. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3. Masukkan pula pisang yang telah dilenyek dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada loyang & alas dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam Loyang.
5. Setting suhu 150'c selama 35 minit. Cukup 35 minit sehingga kek masak.
6. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT  MENCUBA!!! 😋

NOTA : SUHU & MASA PEMBAKARAN ADALAH BERBEZA MENGIKUT JENIS/JENAMA AIR FRYER. KEBIASAANYA SUHU NORMAL PEMBAKARAN KEK BAGI AIR FRYER ANTARA 150'C HINGGA 200'C. BEGITU JUGA MASA PEMBAKARAN. KENA TRY & ERROR...Masa & suhu yg diberikan di dalam resepi ini adalah mengikut kapasiti loyang 6 inci dan air fryer jenama KHIND. Sekiranya menggunakan air fryer jenama lain tetapi telah mengikut masa/suhu yang diberikan tetapi kek belum masak, boleh tambah masa pembakaran/naikkan suhu yer.




4 ulasan:

Barbara kaburata berkata...

Hahahah sy buat jd hangit.. 180°c 18 minit..


Yg tepat sy buat lg 150°c dan 35 minit baru mask sempurna.
😂😂😂😂😂😂😂😂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂

Fieza berkata...

Bergantung kepada jenis air fryer masing-masing yer(kapasiti berbeza)...kena pandai setting masa & suhu...

Ciku berkata...

Saya ikut resepi sis tak jadi kek pisang dalam tak masak , 150c 35 minut

Fieza berkata...

suhu dan masa pembakaran bergantung jenis air fryer masing-masing...jika mengikut masa dan suhu pembakaran di dalam resepi tetapi kek belum masak bermaksud masa pembakaran perlu ditambah sehingga kek benar-benar masak ye... try & error...kena kenal air fryer masing-masing.