PUDING ROTI SOS KASTARD |
Puding roti sos kastard... Meleleh-leleh gitu sosnya... Yummy.... |
Dah berkurung jer kat rumah kan... Maka otak pun ligat nak masak menu macam-macam.... Hari-hari dok buat sandwich jer dengan roti-roti tu boring juga.... Ubah sikit menu.. Buat puding pulak.... Sedap pun sedap...
Bahan-bahan membuat puding roti |
RESEPI PUDING ROTI
Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
Sedikit esen vanilla
Sedikit kismis
Cara menyediakannya :
Carik-carikkan roti di dalam loyang. |
Masukkan susu cair,gula,esen vanilla dan telur ke dalam bekas. |
Gaul sebati bahan-bahan tersebut menggunakan whisk. Pastikan gula hancur. |
Tuang adunan telur tadi ke dalam loyang berisi roti tadi. |
Biarkan roti sedikit kembang dan gaul sebati. |
Letakkan pula kismis. |
Bakar menggunakan air fryer suhu 150'c selama 30 minit. Kalau takde air fryer guna jer oven...kalau takde oven guna jer pemanggang ajaib...kalau takde jugak xdapek den nak nolong... |
Cukup 30 minit,angkat dan sejukkan puding. |
Taraaaa....puding roti siap dibakar....golden brown jer colournya kan... |
Bahan-bahan untuk membuat sos kastard |
RESEPI SOS KASTARD
1 cawan instant custard
1 cawan susu cair
2 cawan air
CARA MEMBUATNYA :
Campur semua bahan. Gaul sebati menggunakan whisk.Masak atas api kecil hingga sedikit pekat.Kacau selalu supaya tidak berketul. |
Hidang sos kastard bersama puding roti yang siap dimasak tadi. |
SELAMAT MENCUBA!!! 😋😋😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan