BUBUR AYAM ala McD |
Arahan perintah kawalan pergerakan dilanjutkan... Hmmm.... Bermaksud tempoh berkurung di rumah dilanjutkan... Tapi ada juga hikmahnya... Banyak masa terluang.... So,banyaklah masa nak mengupdate resepi-resepi kat dalam blog kesayangan ni...
Cuti-cuti ni pressure cooker digunakan semaksimum mungkin.... Dapur pun sentiasa berasap... Tak macam selalu yang jarang-jarang dapat menjengah dapur oleh kerana kesibukan kerja.... Betullah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya kan...
Jom kali ni saya nak kongsikan resepi bubur ayam ala-ala mcD menggunakan pressure cooker primada....cepat, mudah dan semestinya sedap...
Bahan-bahan yang digunakan |
2 cawan beras
5 cawan air
* nisbah beras dan air 1 cawan : 2 1/2 cawan
Carot
Daun sup
Daun bawang
Kiub ayam
Isi ayam
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
2 ulas bawang putih -dihiris
1 inci halia dihiris
1 sup bunjut
Rempah sekawan
Cara memasak :
Masukkan semua bahan dalam periuk pressure cooker |
Tutup tudung periuk rapat-rapat. Laraskan tombol menegak. Kemudian telan button congee/soup. |
Terpapar masa selama 25 minit. Biarkan saja ia masak sendiri... Bolehlah buat kerja lain yer.. Hehe... |
Cukup 25 minit. Biarkan wap tekanan keluar sepenuhnya. Buka tudung periuk dan gaul sebati. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air panas dan gaul lagi sebati.Sedia untuk dihidang. |
P/s: kalau takde pressure cooker boleh jer masak dalam periuk biasa tapi memakan masa yang lama kadang-kadang berejam-rejam nak dapat tekstur bubur yang lembut... Tapi kalau masak dalam pressure cooker ni 25 minit jer dah siap... Senang sangat...
SELAMAT MENCUBA!!! ๐๐๐
2 ulasan:
tq sis, sgt2 membantu sy sbb sy guna pressure cooker primada.. xbrp pandai sgt gunanya.. byk dah refer cari cara penggunaan primada. Tapi xbyk info. Semlm husband ada operation gigi, so sy guna primada utk buat bubur.. lepas masak, penutup xboleh buka, & nasi jadi nasi air bukan bubur... masa mula2 beli & guna time raya tahun ni, elok je boleh buka lepas masak, masakan pun elok je jadi...
Alhamdulillah...sama-sama sis๐
Catat Ulasan