Khamis, 26 Mac 2020

LAKSA PRESSURE COOKER

Assalamualaikum dan salam Khamis...

LAKSA 

Hari ke-9 Pkp... Hari ni nak up resepi kuah laksa menggunakan pressure cooker.... Tak payah nak asing-asingkan isi dengan tulang.... Lepas rebus ikan dengan pressure cooker, Blender ikan-ikan tu memang takde tulang langsung.... Hancur lumat sebab tulang ikan dah terlalu lembut bila direbus menggunakan pressure cooker...

Bahan-bahan:
1 bungkus laksa -rendam dan rebus hingga lembut-cuci dan toskan.
1 kg ikan kembung -siang dan buang isi perut-rebus ikan menggunakan pressure cooker guna function 'tendon'untuk melembutkan tulang-tulang ikan. 30 minit jer... Pastu blender ikan yang direbus tadi hingga lumat.


Bahan kisar
1 inci belacan
2 biji bawang besar
5 ulas  bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 genggam cili kering-tak suka pedas boleh kurangkan

Bahan-bahan lain:
Segenggam daun kesum
10 keping asam keping
Garam  dan gula secukupnya
Air secukupnya

Aksesori lain
Timun
Bawang besar
Telur rebus


CARA MEMASAK :

Masukkan semua bahan dalam periuk. Tekan button 'fish'.

Cukup masa,biarkan semua wap tekanan release...buka tudung periuk dan gaul sebati. Rasa kuah...kalau kurang garam/gula boleh tambah garam/gula... Sedia untuk dihidang....

SELAMAT  MENCUBA!!! 😋😋😋

Tiada ulasan: