Khamis, 26 Mac 2020

KUIH SERI MUKA @ PULUT SEKAYA PKP

Assalamualaikum dan selamat petang...

KUIH SERI MUKA PKP

Kenapa nama kuih ni macamana ni ye???  Apa maksud PKP tu? Nama kuih ini diambil sempena perintah kawalan pergerakan...ada juga orang panggil kuih ni pulut sekaya.... So, pulut sekaya PKP... Hmmm... Dok kena berkurung jer kat rumah.... Alahai boring juga.... Maka menu-menu lama terpaksa dikeluarkan dan dicuba untuk mengisi masa yang terluang...

Bahan utama untuk membuat kuih ni ialah beras pulut dan santan... Nasib baik mak mertua ada stok...tak payah nak beli kat kedai masa-masa kecemasan macam ni... Nak membeli kat kedai pun rasa takut.... Huhu...


Jom kita intai-intai resepinya.. Mula-mula kena masak lapisan pulut.


Bahan untuk lapisan pulut

LAPISAN PULUT
2 cawan beras pulut -cuci dan rendam 1 jam
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA:

Campur semua bahan di dalam mangkuk. 

Alas loyang dengan plastik dan tuang campuran beras pulut tadi. 

Kukus selama 30 minit. 


Alaskan loyang dengan plastik. 


Ratakan pulut yang telah dikukus tadi. Tekan-tekan bagi padat dan carik-carikkan lapisan pulut dengan garpu supaya lapisan atas nanti melekat.



Bahan untuk lapisan hijau

LAPISAN HIJAU
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan  tepung kastard
2 cawan santan pekat
Secubit garam
3/4 cawan gula
1 cawan air pandan (kisar 6 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis)
1 biji telur
Sedikit pewarna hijau


CARA MEMBUATNYA:

Campur semua bahan. Gaul sebati menggunakan whisk. Kemudian masukkan dalam blender.Blender hingga sebati.

Perlahan-lahan, tuang adunan yang telah diblender tadi ke atas lapisan pulut. Tutup dengan plastik atau kertas aluminium untuk elak wap air menitis atas kuih semasa proses mengukus. Nak tutup penutup kukusan dengan kain pun boleh...kain yang menyerap air...  Yang penting wap air tak menitis atas kuih yer... Kukus lagi selama 30 minit. Dah siap kukus biar sejuk baru potong dengan pisau plastik. Seeloknya kukus malam esok pagi baru potong... Untuk makan breakfast... Dengan erti kata lain, bagi kuih betul-betul sejuk baru boleh potong. 


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Tiada ulasan: