Kuih kaswi |
Sesuai untuk santapan pagi & petang |
Kuih kaswi ....sedap sangat aih...bila tekak teringin nak makan,maka merajinkan diri untuk bersilat di dapur ...masak malam pagi esoknya boleh potong buat santapan sarapan pagi ...
Bahan-bahan :
2 cawan air
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
# Didihkan hingga gula larut,kemudian tapis dan biarkan sejuk.
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
3/4 sudu teh kapur dicampur dengan 3 sudu makan air.
Bahan salutan:
Kelapa parut putih
Sedikit garam halus
#Gaul sebati
Lembut & manis secukup rasa....rasa sepotong pasti nak lagi.... |
Cara-caranya :
1. Campur tepung gandum,tepung ubi ,air & air kapur . Biarkan sebati dan tidak berketul-ketul.
2. Kemudian campurkan air gula yang telah dimasak tadi. Gaul sebati .
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang 10x 10 inci .
4. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
5.Kukus selama 1 jam. Setiap 10 minit lap tudung pengukus supaya air tidak menitis pada kuih .
6. Selepas 40 minit, buang lebihan air yang bertakung atas kuih .Kukus lagi hingga cukup 1 jam. 5 minit terakhir kukus dengan membuka tudung pengukus .
7. Biarkan kuih sejuk barulah potong dengan pisau plastik. Seelok-eloknya masak malam,pagi boleh potong .
8. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang telah digaul sedikit garam halus.
9. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan