Jumaat, 16 Ogos 2019

NASI GORENG SEMPOI (IZA STYLE)

Assalamualaikum & selamat malam....

Nasi goreng kosong

Nasi goreng sempoi  ataupun nasi goreng kosong jer... Bila perut dah lapar,buka peti sejuk ini jer bahan-bahan yang ada... Maka otak berputar ligat nak masak apa... Maka terhasillah nasi goreng sempoi ....Sedap sangat ...habis seperiuk nasi...hehe..

Bahan-bahan :
Nasi putih - masak 3 pot  beras

Bahan-bahan  tumbuk
5 biji cili  padi (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
5 ulas bawang merah
4 ulas  bawang putih
1 inci  belacan

200gm ayam kisar
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan garam halus
Sedikit serbuk perasa(jika suka)
Minyak masak secukupnya untuk menumis


Cara-caranya :
1. Panaskan minyak .Tumis bahan tumbuk hingga garing.
2. Masukkan pula serbuk  kunyit dan ayam kisar. Tumis lagi hingga ayam masak.
3. Kemudian,masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
4. Masukkan nasi putih sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
5. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋

Tiada ulasan: