Rabu, 14 Ogos 2019

BOBA BLACK PEARL

Assalamualaikum & selamat malam...

Boba black pearl


Boba milk tea


Boba... Black pearl,bubble...macam-macam panggilannya....famous betul boba ni...sampai jadi viral...sesuai dicampur dalam pelbagai jenis minuman...ice blend,milk shake,milk tea....dalam jus buah pun sedap... Kenyal2 gitu ...

Kali ni  saya nak share resepi boba homemade....buat sendiri lebih terjamin kebersihan dan kehalalannya sebab kita tau apa bahan yang digunakan.

Bahan-bahan :
1/2 cawan gula perang
1 cawan air
Sedikit pewarna hitam
2 cawan tepung  ubi kayu

# Masak di atas api sederhana hingga likat.Biarkan sejuk .

# Apabila adunan dah sejuk,uli hingga tak melekat pada tangan. Kalau kurang tepung  boleh tambah sedikit demi sedikit.

# Gentel adunan bulat-bulat kecil hingga adunan habis.

Boba yang siap digentel sebelum dimasak

# Panaskan 1 cawan gula perang dan 4 cawan air.Biarkan gula larut .

# Masukkan adunan yang telah siap digentel tadi.Masak hingga air kering.Pastikan dikacau sentiasa untuk  mengelakkan boba melekat di antara satu sama lain.

# Tapis dan  basuh boba yang  telah masak .Basuh  dengan air hingga hilang semua kanjinya. Toskan. Sedia untuk dihidang bersama minuman yang disukai. Saya buat 'Boba milk tea'...

Boba milk tea

Cara menyediakan Boba milk tea(1 gelas)
2 sudu boba
5 ketul ais
3 sudu makan gula merah yang telah dicairkan
2 sudu air teh  (rendam 2 uncang teh dan  2 cawan air
1/2 Susu low fat

Note : kemanisan boleh adjust ikut citarasa sendiri ye.. .


SELAMAT MENCUBA!!!😋

Tiada ulasan: