Rabu, 3 Julai 2019

KENDURI RUMAH BARU & OPEN HOUSE

Assalamualaikum & selamat petang....

Alhamdulillah, selesai sudah majlis bacaan yasin  & open house sempena masuk rumah baru ...majlis berjalan lancar seperti yang dirancang....hampir semua jemputan hadir ....penatnya hanya Allah sahaja yang tahu....tapi ....puas hati sebab  dapat masak  sendiri & menjamu tetamu yang hadir....habis licin ...

Tercapai impian nak  hidangkan masakan Johor ...Lontong & laksa Johor...3 jenis  kek,bomboloni,puding triffle...fuh!!! Syukur alhamdulillah diberi kekuatan untuk  masak  menu-menu tu ...penat memang penat tapi  puas  hati ...

Menu-menu yang dihidangkan:

Lontong, ketupat & rendang ayam


Laksa  Johor

Puding triffle,brownies,red velvet cheese brownies, kek marble, karipap, bomboloni,keropok lekor & tembikai

Laksa  Kedah

Nasi  Arab, daging masak hitam & acar timun

Roti jala kari ayam

Gambar sekitar majlis ...tak sempat snap banyak...ramai lagi tak ada dalam gambar... Sorry ...Tuan rumah busy melayan ....tak sempat nak pegang handphone ...

Sebelum majlis...



Semasa majlis bacaan yasin...pukul 11.00 pagi....




Semasa Open house...bermula pukul 3.00 petang...






Terima kasih kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis....inshaAllah jika dipanjangkan umur,diberi kudrat & dimurahkan rezeki boleh buat lagi tahun depan...😊

Tiada ulasan: