Brownies red velvet yang telah dipotong |
Red velvet cheese brownies... Resepi kek sama dengan kek red velvet cuma bezanya topping cheese di atas dibakar...jadi kek tahan lebih lama...tak payah letak dalam peti ais pun takpe...
Kek red velvet yang telah dibakar |
KEK RED VELVET
Bahan-bahan :
Buttermilk-1 cawan susu cair +1 sudu makan cuka + 1 sudu makan pewarna merah
* kacau sebati dan biarkan 10 minit
3 biji telur gred C (kalau gred A/B guna 2 biji jer )
1 1/4 cawan gula kastor
1 1/3 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
2 1/2 cawan tepung bluekey self-rising
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cuka
Cara membuatnya :
1. Pukul minyak dan gula hingga sebati .Guna whisk . Pastikan gula hancur .
2. Masukkan telur & pukul lagi hingga sebati .Buat sebiji demi sebiji.
3. Kemudian,masukkan esen vanilla & kacau sebati .
4. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk hingga habis.
5. Masukkan pula 2 sudu besar serbuk koko dan gaul sebati.
6. Campur baking soda dan cuka . Biarkan berbuih. Setelah itu, masukkan ke dalam campuran tepung tadi .Gaul sebati.
7. Panaskan oven 170'c selama 10 minit.
8. Tuang adunan ke dalam loyang 10 inci yang telah dialas dengan baking paper.
9. Bakar selama 50 minit pada suhu 160'c.
# masukkan 2 sudu adunan kek ke dalam piping bag untuk topping marble atas kek nanti .
LAPISAN CHEESE
250gm cream cheese
1 biji telur
4 sudu makan gula kastor
# mix sebati guna mixer
Cara membuatnya :
1. Keluarkan kek yang telah masak .Tuang adunan cheese dan ratakan.
2. Pipingkan di atas lapisan cheese dengan adunan kek tadi.
3. Lorek mengikut corak yang dikehendaki menggunakan lidi.
4. Bakar lagi kek selama 20 minit.
5. Biarkan kek sejuk barulah boleh dipotong dengan pisau plastik atau pisau yang dicelup air panas dan dilap sebelum digunakan .Kalau pakai pisau biasa,cheese akan melekat pada pisau dan susah nak potong.
SELAMAT MENCUBA !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan